Pages

SMILE:)

SMILE:)

Wednesday, April 27, 2011

Yonghwa ranks at #2 for Korea’s Most Handsome Artist

 
 i loiiiiiiiiiiiiiiiiiikeeeeee......yes he is one of da most handsome guy for me too....since i watched him in WGM ...i wud say dat he's such an attractive guy n so lovely:)..seohyun is a lucky gurl dowhhhh
 
 
 
 

01. Minho – SHINee (2494)
02. Jung Yong Hwa – C.N.Blue (2129)
03. G-Dragon – Big Bang (1774)
04. Jokwon – 2AM (1648)
05. Taecyeon – 2PM (1249)
06. Ki Kwang – Beast(1099)
07. Nichkhun – 2PM (1045)
08. Kim Hyun Joong – SS501 (1044)
09. Jonghyun – SHINee (886)
10. Dongho – U-Kiss (880)
11. Doojoon – Beast (843)
12. Onew – SHINee (699)
13. Key – SHINee (670)
14. Big Bang TOP (623)
15. Taemin – SHINee (561)
16. Hongki – FT Island (511)
17. Yunho – TVXQ (321)
18. Jaejoong – TVXQ (257)
19. Junsu – TVXQ (247)
20. Daesung – Big Bang (240)
21. MBLAQ Thunder (235)
22. Seungri – Big Bang (156)
23. Yoochun – TVXQ (156)
24. Heechul – Super Junior (148)
25. Siwon – Super Junior (145)
26. Kim Jun – T-Max (141)
27. Soohyun – U-Kiss (130)
28. Youngsaeng – SS501 (99)
29. Changmin – TVXQ (75)
30. Taeyang – Big Bang (67)
Source: BaiduNichkhun + BaiduTVXQ+
ninie@cnbluebeat
Translation Credits: tvxqhwaiting @ OneTVXQ.com
Credits: OneTVXQ.com { One World. One Red Ocean. One TVXQ! }
sharing by parkahra, parkahra@koreanupdates.com
Re-posted by: Euni@cnbluestorm

aku suka yonghwa..hehe

On MBC “We Got Married Season 2” aired on March 19th, Jung Yonghwa tried his best to cheer Seohyun up again. Seohyun was upset due to the fact that Yonghwa lost her hand-made scarf in last week’s broadcast.
Yonghwa who felt sorry towards Seohyun tried to look for a scarf in Japan. Instead, he managed to knit the scarf himself but insisted that it was bought in Japan as a gift to Seohyun. When Seohyun asked if he made the scarf himself after seeing the poor craftsmanship, Yonghwa denied by saying ‘Am I a person who has so much time on my hands?’.
But when Seohyun saw Yonghwa’s notebook, photos of him doing the knitting and his completed hand-made scarf, Seohyun was greatly touched and felt sorry.
Credit: seoulntn.com
Translated by: imwhywhy@fanwonder.com

I'm enjoyed watching WGM YongSeo....yonghwa was so damn lovely n wish dat they really love each other n become a real couple someday....so sweeet 

Kejam

Aku dapat gambar ni from Amazingnara....kejam kan manusia zaman sekarang...ni mesti kes bunuh ataupun jenis2 kekejaman yang dikatakan pemberontakan....eiiiiiiiiiiiiiiiiiii......nyawa manusia dah jadi sangat murah...macam patung mainan yang boleh dibuat sesuka hati...bilalah kedamaian akan menghuni seluruh dunia???WORLD PEACE

LUV THIZ




GOLONGAN YANG PERLU DIHORMATI

4 Golongan Yang Perlu Dihormati.

Dalam kerendahan diri ada ketinggian pekerti,
Dalam lembut tutur kata ada ilmu dan amal penuh di dada,
Dalam kelam tanpa pegangan, moga iman menyuluh gerangan,
Dalam hitam hati mereka belum tentu ahli neraka.

Mereka ini adalah golongan yang perlu kita jadikan panduan hidup agar kita tak lari jauh daripada hakikat bergelar insan. Kita sentiasa berpendapat, mereka yang berpangkat, mereka yang berharta tempatnya setinggi langit. Diangkat darjat mereka di mata dunia sedangkan kita lupa, bukan kita yang menentukan letak duduk ketinggian darjat manusia.
Setinggi mana kedudukan kita, segah mana nama kita di mata dunia kita tidak boleh alpa atau bangga kerana ada golongan lain yang sepatutnya lebih mendapat penghormatan daripada sekalian manusia.

Golongan pertama yang dimaksudkan di sini ialah, kanak-kanak..Kenapa mereka perlu dihormati. Kerana bayi yang baru lahir diibaratkan sesuci kain putih yang belum terconteng dengan warna warni keindahan dunia dan juga palitan kotoran yang mencemarkan mereka. Kita yang telah lama mengenal asam garam kehidupan jangan sesekali bangga diri dan riak mengatakan kita kenal apa erti hidup yang sebenar. Jangan sombong mengatakan kita lebih tahu segala-galanya kerana jangan kita alpa, semakin lama kita mengenal kehidupan, semakin banyak dugaan dan cabaran. Semakin banyak kita terpesong dan melakukan kesilapan dalam sedar atau tidak. Lumrah bergelar insan walau ilmu setinggi langit, yang dilarang mudah menjadi ikutan, yang disuruh banyak pula alasan. Jadi kita perlu menghormati kanak-kanak kerana yang pasti dosa mereka takkan menjadi sebanyak kita kerana mereka baru mengenal dunia.    

Golongan seterusnya adalah orang alim. Islam meletakkan mereka yang tinggi ilmu dan amalnya pada satu tahap yang sukar dicapai. Jerih perih mereka mencari ilmu seiring dengan ketaqwaan mereka mencari keredhaan Allah s.w.t. Sesungguhnya untuk menjadi seorang yang alim amat payah dan apatah lagi dalam dunia yang serba lebih, serba moden tp banyak kekurangan dan  kepincangan ini. Mereka ini boleh diibaratakan seperti mutiara indah dan bernilai yang datangnya dari dalam tiram yang bersalut lumpur tebal. Walau disekelilingnya hanya lumpur, hanya kotoran tetapi nilai daripada ilmu dan amal mereka menjadikan mereka permata yang bersinar dikelilingi kaca. Jadi kita yang tak mampu menjadi permata harus menghormati mereka kerana ketinggian ilmu dan amal mereka.

Golongan ketiga yang perlu kita hormati ialah orang kafir. Pasti anda semua kurang bersetuju dengan kenyataan ini. Tapi itulah yang harus kita lakukan kerana orang kafir tidak tahu apa-apa. Hidup tanpa pegangan dan terpesong dari landasan yang sebenar. Namun mereka masih terus hidup dan menjalani kehidupan mereka dengan cara mereka. Jadi kita seharusnya tidak memandang rendah terhadap mereka kerana mereka mampu menjalani hidup mereka walaupun sebenarnya mereka tidak mempunyai panduan yang membawa mereka ke jalan yang benar. Sedangkan kita panduan telah tersedia terhidang di depan mata tetapi tetap tergelincir dari landasan yang betul. Banyak orang kita yang menghuni pusat serenti, ramai orang kita yang buang anak merata-rata, orang kita juga yang hidup miskin tanpa usaha. Jadi dimana kedudukan kita yang dikatakan mempunyai pegangan agama dan panduan hidup yang lengkap.

Golongan terakhir yang perlu kita hormati ialah orang jahat. Kenapa? Kerana mereka mungkin sempat bertaubat sedangkan kita yang kononnya baik belum tentu sempat bertaubat ataupun tidak. Kita leka dan berasa senang dengan apa yang telah kita miliki. Kita mudah menuduh orang jahat dan bebas berkata apa sahaja terhadap mereka. Tetapi yakinlah bahawa manusia akan belajar daripada kesilapan. Bagi mereka yang menganggap diri mereka tidak pernah melakukan kesalahan mereka akan alpa dan mungkin terlupa memohon keampunan daripada yang Maha Esa kerana kesilapan yang mungkin tidak disengajakan. Oleh itu kita jangan sesekali lupa walaupun kita tidak membunuh, kita tidak merompak, kita manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesalahan.

CANTIK

Aku tak ingat dah pernah post tak teks ni....but tak kisahlah...nak post jugak lagi....teks ni aku pernah guna masa sesi pengucapan awam induksi...thanx to Ustazah Bahyah coz aku elaborate point2 yg dia sampaikan masa ceramah dia...hehehehe....sekadar berkongsi....enjoy it!!



“Indah bukan pada zahir
Terletak pada kata
Terserlah pada santun
Terhampar pada pekerti
Yang indah sukar dicari
Tanpa menilai dengan mata hati ‘

Cantik makna yang digambarkan dalam ungkapan di atas. Apa yang dimaksudkan sangat mendalam dan perlu dihalusi supaya dapat difahami dengan sebaik mungkin. Setiap orang akan gemar pada kecantikan. Tidak kira lelaki atau perempuan. Selagi bergelar manusia yang waras, pasti setiap orang akan gembira jika dikatakan anda cantik. Bagaimana cantik yang sebenar-sebenarnya? Adakah cantik luaran menggambarkan keseluruhan individu tersebut? Ustazah Bahiyah berkata, makna cantik itu sebenarnya terselindung disebalik perkataan cantik itu sendiri. Terpulang kepada kita untuk mentafsirkannya.

Cantik yang pertama diwakili oleh huruf  C yang bermaksud cantik. Cantik  diluar dan juga cantik di dalam. Dalam dunia yang serba serbi ada ini, tidak mustahil untuk kita melihat perkara-perkara cantik dengan mudah. Yang tidak cantik sekalipun boleh diolah, boleh ditambah yang mana kurang supaya kelihatan cantik. Wanita contohnya, alat solek pelbagai ada. Pilih sahaja, tampal yang mana perlu lantas terus berpenampilan baru. Mata memandang mengundang rasa bangga di dalam hati. Adakah ini cantik yang kita cari? Cantik luaran tidak cukup untuk membina kecantikan dalaman. Sahsiah diri yang baik, pegangan agama yang kukuh membawa kita ke arah yang betul. Bagaimana membentuk kecantikan dalaman? Sebagai seorang yang punyai agama yang menjadi pegangan hidup, maka berpeganglah pada apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang. Pesan ayahku, dirikan solat kerana solat tiang agama. Seandainya kita menjaga solat kita, nescaya tidak terpesong akhlak dan akidah. Dengan itu kita dapat mengejar apa yang dimaksudkan dengan kecantikan dalaman seorang yang bergelar insan. Satu pantun juga dikongsikan oleh Ustazah Bahiyah yang berbunyi;

“ Bibir merah bak delima,
Hidung mancung bak seludang,
Rambut hitam ikal mayang,
Tapi sayang tak sembahyang,
Bila jalan terhoyong hayang,
Akhirnya jatuh ke dalam longkang.”

Jangan kita menjadi lalang yang mudah mengikut arah angin bertiup. Dengan cabaran global yang kita hadapi, budaya asing menyusup masuk perlahan-lahan, haruslah kita teguhkan hati agar kita mencapai kriteria cantik yang pertama ini.


Huruf yang kedua adalah A yang membawa maksud akhlak. Bagaimana mendapat akhlak yang baik. Bukan mudah untuk memperolehnya. Harus dididik dari kecil, harus dilentur sejak rebung. Akhlak ini perlu dipelajari dan diamalkan supaya kita menjadi orang yang baik dimata setiap yang memandang dan juga di mata-Nya yang Maha Esa.  Belajar dan terus belajar ilmu dunia dan akhirat supaya seimbang dan membentuk diri kita menjadi insan yang berguna. Kala ini, modal insan digembar-gemburkan. Menjadi berita hangat dan menjadi wadah perjuangan pihak-pihak tertentu. Dan ini merupakan satu jalan membentuk generasi yang mempunyai akhlak yang baik dan moral yang tinggi. Dalam kesibukan ibu bapa yang sepatutnya menjadi contoh kepada anak-anak, tidak hairanlah jika keruntuhan akhlak remaja menjadi isu besar dalam Negara. Anak-anak kini perlu pada perhatian, penjagaan dan pemantauan supaya mereka dapat membesar dan membentuk akhlak mereka sebaiknya dan memenuhi kehendak cantik yang sebenar.  Sekurang-kurang, setiap individu harus menerapkan di minda masing-masing, seandainya tidak berdaya menjadi contoh untuk masyarakat, biarlah mampu menjadi contoh untuk ahli keluarga terdekat.


N merupakan huruf ketiga. N memberi maksud nama. Nama menjadi asas permulaan sebuah kehidupan seorang manusia sejak daripada bayi. Ibu dan ayah bertanggungjawab memilih nama yang baik untuk anak mereka kerana nama memberi impak yang besar bukan sahaja pada kehidupan sosial anak-anak tetapi kepada tingkah laku dan perangai mereka secara tidak langsung. Islam menggalakkan kita memberi nama yang mempunyai maksud yang baik agar anak-anak ini menjadi insan yang berguna seiring dengan pemilihan nama yang cantik. Bayangkan jika anak kita atau kita sendiri mempunyai nama yang kurang elok didengar. Malunya kita andainya nama kita dipanggil dikhalayak ramai. Segan rasa di hati untuk mengakui bahawaitu adalah kita. Tapi bayangkan pula jika nama kita sedap didengar, manis bunyinya dan elok pula maknanya. Alangkah bahagianya kita setiap kali nama kita dipanggil kerana itu adalah sebahagian daripada doa. Bayangkan lagi sekiranya orang yang memanggil kita itu adalah ibu bapa kita dan orang-orang kita sayang. Tidakkah rasa disayangi dan dihargai sepanjang hidup kita. 


Cantik yang seterusnya diwakili huruf  T iaitu taqwa. Bagaimana untuk bertaqwa? Hanya dengan dua cara iaitu laksanakan apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang. Sukar untuk mencapai tahap ini kerana lumrah bergelar manusia, yang disuruh itulah kepayahan, yang dilarang itulah kegemaran. Sesungguhnya Allah s.w.t tidak menyuruh umatnya melaksanakan sesuatu yang tidak mampu dilaksanakan. Dan tidak pula melarang jika sesuatu perkara itu membawa kebaikan melainkan keburukan semata-mata. Sesungguhnya kejadian dan perintah Allah s.w.t itu adalah yang terbaik dan wajib kita sebagai umat islam berpegang teguh pada ajaran-Nya dan patuh pada perintah-Nya kerana kita adalah hamba-Nya.




I merupakan intipati cantik yang berikutnya. Suka saya kaitkan disini huruf I dengan ikhlas. Payah untuk kita ikhlas dalam setiap apa yang kita lakukan. Kita sentiasa mengharapkan orang lain supaya ikhlas terhadap kita sedangkan kita sukar membentuk keikhlasan dalam diri kita. Kita laksanakan kerja dengan manis muka, kita berikan sesuatu dengan senyuman tapi adakah di hati kita wujud rasa ikhlas. Apalah salahnya kita cuba ikhlaskan diri dalam setiap apa yang kita lalui. Ilmu ikhlas sukar dipelajari dan jerih untuk dicari kerana hanya diri kita sendiri tahu apa yang tersirat di hati. Sesungguhnya orang yang ikhlas itu tenang hidupnya dan disenangi oleh semua orang dalam sedar ataupun tidak. Ikhlas yang kita beri insyaAllah pulangan pasti lumayan suatu hari nanti.


Cantik yang terakhir adalah K iaitu keredhaan.bila sebut tentang keredhaan pasti langsung terlintas difikiran kita tentang keredhaan Allah s.w.t. Itu benar dan juga merupakan keredhaan utama yang perlu kita cari. Namun jangan kita lupa atau alpa ada lagi keredhaan yang harus kita dapatkan iaitu keredhaan kedua ibu dan ayah kita. Walau setinggi mana keududukan kita, segah mana nama kita di mata dunia, tak ke mana kedudukan kita di mata Yang Maha Esa andainya hati orang tua kita terluka. Hati mereka harus kita jaga, harus kita manja sebagaimana mereka perlakukan kita sehingga kita dewasa dan mengenal dunia.  Sesungguhnya ibu dan bapa kita adalah harta yang tidak ternilai dan tak mungkin dapat kita cari pengganti walau di mana jua. Haruslah kita ikhlas menajaga mereka selagi mereka ada kerana hilangnya mereka pasti membuat kita terasa hilangnya sesuatu yang berharga. Walaupun kita telah mencapai semua ciri-ciri cantik yang telah dinyatakan di atas tetapi kita gagal mendapat keredhaan ibu bapa, semuanya hanyalah sia-sia kerana tanpa mereka tak mungkin kita ada di dunia yang hanya dipinjamkan kepada kita untuk satu detik yang tidak panjang mana.


Setiap apa yang telah ditinta, moga menjadi tambahan kepada ilmu yang telah ada di dalam dada. Sekadar berkongsi apa yang dirasa dan didengar supaya dapat kita sama-sama mencari erti cantik yang sebenar.
                                                                                                              
                                                                                   Wajie ; Januari 2009

Tuesday, April 26, 2011

Checklist

Wedding Preparation surely made me ting tong....huhuhu....thank God my parents alwiz remind me on things to do...not to do..hehehe....meh kita lihat tahap persiapan...

1. catering   - confirmed

2. wedding package - confirmed ( sangat mengharapkan akan exactly sama dengan apa yang dilakarkan oleh wan huzaidi a.k.a wedding planner )

3. make-up - confirmed

4. baju-bajuan - final touch on beading....baju hari majlis sanding...boleh tukar lagi tak??ho ho

5. invitation card - dalam proses men"delivery"kan....hehehehe

6. barang hantaran - still ader yg tak beli nihhhhhhhh....adoiiiiii (as untuk hiasannya....hopefully a.die will make it secantik yg boleh...i hope).....coklat?pulut semangat?hmmmmmmm...else???dowh

7.  tok imam - confirmed

8. surat kelulusan nak kawen woiiiiiiii - dah dapat dahhhhhhhh...yezzzaaaa

9. cuti - belum apply lagi...hopefully my boss baik hati nanti...hehehe

10. penginapan untuk guest - confirmed

11.  aper lagi aku pon tak ingat dah....pikir jangan tak pikir...huhu...blurrrrrrrr

Saatnya hamPir Tiba


tik tok tik tok.....detik waktu berlalu meninggalkan hari semalam dan menghadirkan hari mendatang....
kenangan biar terus jadi kenangan dan masa hadapan jadikan satu impian yang membahagiakan..
aku menghitung hari, jam, minit untuk membawaku ke alam baru dengan harapan semoga mampu kulaksanakan segala tanggungjawab dan mendapat keberkatan hingga hujung nyawa....4 jun 2011, InsyaAllah akan terjalin satu ikatan suci yang selama ini sentiasa terumbang-ambing dilanda badai kekalutan dan keegoan...semoga setiap yg telah dilalui menjadi sempadan dan mengajar erti kehidupan dalam mengenali insan ini yang bakal menjadi nakhoda dalam pelayaran hidupku nanti.  Amin Ya Rabbal Alamin

Sunday, February 6, 2011

TengOk bOla

pesanan rakan "pakai baju merah weih"

Pengalaman pertama aku tengok Bola Sepak di stadium..ho ho ho....ni pun sebab dapat tiket free from my sis..TQ siS!!semi final kelantan vs kedah...kikikikiki

Punyerla ramai orang sampai aku rasa seraaaammmm...haha....masuk je dalam stadium aura dia dah lain....mmg lain habissssss laaaa....penuhhhh dengan lautan merah sampai tak nampak kuning hijau....nak dijadikan cerita, aku ngan kawan2 aku punye nak cari tmpat yg kurang sesak la...member pun rasa tak selesa sebab bawa pompuan kan so nak cari tmpat yang lega skit...tup tup ambik kau dorang bawa gi dok tempat penyokong kedah....ha ha ha....mmg kelakar habis....tp maintain cool....member2 dah cakap..ni silap tak silap kita jadi mangsa..dan syukurnya sepanjang game takder kejadian yang tak diingini n yang lagi penting kelantan menang n bleh masuk final!!!GOMO KELATE GOMO:)

Tuesday, January 4, 2011

Kem Jati Diri USPTN di Agro Resort Setiu

After a long time i didn't involve in any outdoor activities, i was invited to be an instructor for this camp..warhhhhhhhh mmg dah lama tak masuk hutan...tengok tentatif ade abselling, night walk, kayak, orientering, jungle trekking...thoz xtiviti yg dah lama aku tak buat...so...the answer is yezzzaaaaaaa.... arjuna adventure team aderlah dalam 9 org kalo tak silap aku lah...tambah tolak campur bahagi dengan urusetia msn jadilah 17 org...peserta-peserta adalah dikalangan atlet sukma dan pelapis-pelapis yang terlibat dengan sukan macam berbasikal, tinju, badminton, wusyu, silat, angkat berat, gimnastik, table tennis dlll lah..aku pun tak ingat sangat...dari sekecik-kecik budak sampai sebesar-besarnya...yang paling kecik tak salah aku namanya naim..comel jerk..atlet gimnastik...

Bertolak dari kota bharu jam 9 pagidan tiba di Agro Resort, Setiu lebih kurang jam 12 tengahari ( anggap je pemanduan yang perlahan walaupaun ada salah sorang ursetia dah kena saman...hehehehe )....sesi taklimat dan makan tengahari....Aktiviti pertama dilakukan disebabkan hujan ialah game...ikut perancangan awal aktiviti abselling sepatutunya tp cuaca tak mengizinkan, so main je la aper2 game yang terlintas di fikiran kiterorang...hehehehe...bertindak pantas supaya budak2 ni tak bazirkan masa dan bleh berehat..hahaha...macam2 yang dimainkan contohnya permainan "kepala n ekor", saper plg panjang, chap kali chap,  bulatan manusia plg kecik, main budu dll...aku sebenarnya tak tahu nama spesifik setiap permainan, so aku belasah aje lah...hampir jam 7 mlm xtiviti ni selesai dan peserta diberi masa rehat untuk makan malam, solat dan kembali ke dewan jam 8.30malam untuk LDK...
Kita lihat sape lagi panjang

berat weih sore2 budok2 ni...makey gapo laaaa

Sesi LDK aku diberi tugas untuk mengendalikannya so aku buatlah apa yang patut..hahaha...tp last2 aku bagi je kat a.sherin untuk jd MC...i ni celoteh secara tak formal ni hampeh skitttt....hakhak...budak2 ni kena buat logo, moto n yang macam biasa2 benda kena buat dalam LDK..hehe...sekadar isi masa n bentuk kerjasama antara mereka sebagai satu kumpulan...dan selepas itu mereka dikehendaki membentangkan hasil kerja mereka...disebabkan nama kumpulan mereka berdasarkan nama ikan air tawar, wujudla sedikit masalah bagi mereka untuk melukis ikan tersebut...masa tuh la bleh aku tengok ikan sepat dah jadi macam pirahna, ikan keli jadi haruan, kelisa dah jadi puyu...hahahaha...kelakar habis...tp yang penting dorang berusaha lukis dan ada alasan masing2 kenapa pilih ikan tersebut...ada sorang budak tanye..."kak macam mana rupa ikan harun...aiyarkkkkkk, aku pun tak reti nak cakap"....jawapan aku..."awak lukis je ikan keli, pastu buang misai dia..hahahaha.."sib baik aku jawab ngan budak sekolah, kalo ngan org tua mau aku kene sekeh...after all da group persembahkan hasil kerja mereka tibalah ke xtiviti yang ditunggu2 iaitu night walking tru da jungle dat lead us to Gunung Tebu...tp takderla sampai ke sana...yang bestnyer sebelum masuk tuh...guide dah crita habis dalam hutan tu ader macam2 binatang termasuk pak beruang la...n macam2 cerita mistik..haiiiyaaaaaa...aku pom serammmm....

Di saat mendengar taklimat daripada guide..ho ho...

Mula-mula urusetia dulu yg dibawa masuk untuk berada di check point tertentu...aku ok je nak tunggu check point or nak jalan malam dalam hutan just yg paling aku tak suka ialah PACAT....huhu...musim hujan...bayangkanlah....sebelum masuk habis seluruh kaki aku lumur minyak panas macam yg org soh..dikatakan pacat tak serang kalo pakai minyak...ha ha ha...punyalah percaya mmg aku sapu habis....check point pertama, awal lg nak tunggu...baik dok yg last2..so urusetia msn yg dok situ...sampai check point kedua adalah plak pocong tiruan n kubur siap pasang lilin lagi..adoiiii.....xjadi jaga kat situ...sengallll.....sib baik jalan ramai2...yang budak2 ni lepas sorang2 tak tahulah camner...hakhak...last2 sampai ke main check pont pom urusetia still beramai2..hahaha...penakut rupanya semua...akhirnya semua tunggu kat situ dalam gelap...sorang2 peserta sampai..ada yg ok n steady, ada yg cuak, macam2 gaya...yang paling comel..barisan 5 atlet cilik yang jalan bersama sampai last skali...berair mata aku tngk si kecik tuh...tap aku salute dorang buat jugak sampai habis...dorang diberi pemantauan special skit almaklumlah budak kecik masuk hutan.Yang menunggu plak jadi mangsa pacat yang sangat banyak....aku dah tak kisah dah...ko nak naik ko naik...kuar hutan baru aku cari ko...huhu..redhaaaaaaa......bila dah tiba semua peserta, perjalanan keluar bermula...menggunakan laluan yang lain...kali ni peserta diberikan sebatang lilin menemani dan bergerak dalam kumpulan...setibanye di penamat aku rasa ada benda sejuk di pipi dan bilaku sentuh CONFIRRRRRRRMMMMMM PACATTTTT.....masa bile nyer dia naik....huhu mentang2 tak dapat naik betis dia lompat teruske pipi..ho ho...sangat kejam....menggeletik aku geli...aku cabut dan ntah aku lemparkan kepada saper...hahahahaha....sib baik pipiku masih kekal tak berdarah...budak2 macam2 ragam membuang pacat yang menggigit...eiiiiiiiiiii...dunno why but i really hate them!!!!jam 3.30 pagi semua peserta selamat sampai.

Next day aktiviti basah...hehehe...hari ni banyak akticiti di air je...apatah lagi hari mmg hujan pun...dan satu aktiviti yg aku sendiri tak pernah buat n confirm la nak try buat adalah terjun tasik from jambatan...haaaaaaaaa....walaupun nampak senang tp ckup membuatkan adrenalin mengalir deras!!!


Sumpah memang gabra dowh masa ni!!!

Aku salute habis kat adik2 gimnastik yang kecik2 tapi berani..lepas tuh ada lak aktiviti budak2 ni buat rakit..mari kita tengok sape yang tenggelam!!!

gigih betul budak2 ni...sape kate budak2 tak reti buat rakit?

Aktiviti terakhir yang sempat dibuat sebelum balik ialah jungle tracking...aku mmg suka masuk hutan ni...dah lama tak masuk...melihat keindahan alam ciptaan Tuhan...tenang jer....hijau mata memandang...pengalaman yang best untuk dikongsikan...naik turun bukit, panjat pokok tumbang, kuar masuk gua...best2....serius best.


Macam-macam pengalaman yang diperoleh...sesungguhnya kegiatan outdoor ni best n menyeronokkan..aku takkan pernah lupa setiap memori yang pernah aku dapat dengan kawan2 outdoor sejak dari bangku sekolah, universiti n skrg ni....setiap detik setiap langkah itulah kembara ( kata-kata hikmah dak2 kembara ms kat ito )...LOVE IT!

Tuesday, March 23, 2010

amarah jiwa

rentetan rasa yang tak dapat kuluahkan
hati membara menyiat rasa
kalaupun sejuk hati itu
membeku masih juga kaku

berontak jiwa mencari arah tuju
meletus api kemarahan menjadi debu
sisa terbang menutupi ruang jadi kelabu
aku kelu

geram

Sakitnyer hati di hari jadi bile mood happy bertukar geram gara-gara karenah yang tak sepatutunya....told u to do dat task....why must u object???!!!!bukan ker dalam list tugas paling bawah tercatat...menurut arahan bos dari masa ke masa...apesal la nak kena jawab ni tugas dia tuh tugas dia ni....kalo lah aku reti satu persatu tugas kerani mudah plak aku buat sendiri....ni la pening melayan kerenah org....nak jadi garang salah..jadi baik hati salah...habis tuh nak jadi macam mana lagi????kadang-kadang terpikir kalo lah aku ni bleh keje dengan komputer jerk ker....lagi senang sebab mesin ni menurut kata...ho ho....cool cool....im trying to calm down....get back into mood....chayokkk

Wednesday, March 17, 2010

pesanan untuk aku sendiri

"fikiran yang kritis n kreatif bisa mematahkan geliga sang ular.....bila berhadapan dengan manusia2 begini....think out of da box is da best....but aku masih tak capai tahap pemikiran petala kelapan ini".....so da best word to keep reminding me is...."BEWARE"

legaaaaa

15 march 2010, akhirnya aku dan yang lain berjaya melaksanakan Mesyuarat Agung PUSPANITA ke-18 di tempat aku....hmmmm....dalam suka duka persiapan akhirnya terlaksana jua...terima kasih kepada semua staff aku yang telah bersusah payah menjayakannya.....tp satu perkara yang aku regret...aku masih lagi memegang jawatan setiausaha...kadang2 aku rasa aku tak mampu....buka nak lari dari tanggungjawab...tp pendekatan persatuan di alam pekerjaan ni agak berbeza dengan zaman aku dolu2....tapi untuk meletak jawatan aku tak dibenarkan...ho ho....penggal 2010/2011 terpaksa lagi aku berusaha menjayakan aktiviti agar persatuan ni terus aktif....minat untuk berpersatuan tak pernah luntur kerana itu minat aku sejak kecil...sejak dari bangku sekolah aku aktif dalam aktiviti luar...hingga ke universiti aku dan rakan2 sentiasa berjaya melaksanakan sebarang aktiviti yang dirancang...but..when it comes to nowadays......its totally different....i just can't find da best word or term to describe....only God knows why....n once again aku terpaksa jd MC coz mmg lah takder yang sukarela nak jd...ho ho...ni lagi satu perkara yang buat aku rasa penat....handle satu majlis di hadapan VIP...even majlis kecil memanglah akan buat kita rasa gugup...if not u...maybe it just me....but i tried hard to get tru dat...aku dah buat semampu mungkin...n i hope there is no any silly mistakes i did... i just dunno how people can stand n talk like nothing can bother them in front of thousands of peoples.....but i realize dat it's a long life learning to be as gud as they are...maybe next 10 or 20 years i'll be one of them.:)

pose pose

hujung minggu kebelakangan ini, jadual harian penuh....latihan boling, latihan badminton...wohooooooo.......kalau macam ni setiap minggu sempat la aku kurus tahun ni...he he he......tapi yang pasti.....latihan2 la jugak...tp bab posing is da best....tak leh ada ruang skit pasti klik-klik berbunyi.....pernah satu malam kena marah ngan boh ley....ha ha ha....muka tak pernah serik kan...gelak2 jerk....sengal jerk sume.....dengan bla boling ker....ngan monitor tuh ker....ngan tempat bola (tak tahu term aper) pun jadilah...asalkan bergambar...sib baik sume satu kepala....wakakaka......tp tak patlah nak upload sume...ni aku upload gambar ngan hantu camera....kak mimi....memang pantang dengar amik gambar...dan dan tuh dia posing....he he he.......




ni plak gambar aku ngan baby staff aku...kak ayu...lepas sorang sorang dapat baby....ish ish...member2 aku pas sorang sorang kawen....ni dianne dah dapat baby dah...aleen n anis on the way...hehehe....camner...???beginilah nasib diriku yang malang oh Tuhan...he he aku kena nyanyi lagu ni ngan kunor baru besh....baby yang bergambar ngan aku ni nama nyer dania....confirm mak bapak dia terpengaruh dengan Awan Dania...hahahahaha.....takperlah yang penting nama glamerrrrrrrr kauuuuuu.....kecik jerk baby ni....dianne nyer baby 3.65.....yang ni...tak silap aku 2.9 lebih jerk.....ho ho...tunggu baby aku la plak nanti:)


cam selesa jerk baby ni dok atas aku...cheh