Pages

SMILE:)

SMILE:)

Sunday, December 13, 2009

separuh jiwaku pergi

Separuh Jiwaku Pergi by Anang

Separuh Jiwaku Pergi
Memang indah semua
Tapi berakhir luka
Kau main hati
Dengan sedarmu
Kau tinggal aku

Reff:
Benar ku mencintaimu
Tapi tak begini
Kau khianati hati ini
Kau curangi aku

Kau bilang tak pernah bahagia
Selama dengan aku
Itu ucap bibirmu
Kau dustakan semua
Yang kita bina
Kau hancurkan semua

Benar ku mencintaimu
Tapi tak begini
Kau khianati hati ini
Kau curangi aku

Benar ku mencintaimu
Tapi tak begini
Kau khianati
Kau curangi aku
Kau dustai hati
Benar kumencintaimu


note: i just luv this song so much......

Anak-anak zaman sekarang

Kematangan merupakan satu permulaan bagi membentuk sebuah kehidupan. Dari seawal usia kanak-kanak, kita ditatang, dijaga serba-serbi oleh kedua ibu bapa yang menyayangi. Hampir semua kerperluan disediakan untuk memenuhi kehendak kita. Kedewasaan menginjak menjadi remaja yang banyak ragam dan keinginan. Sesungguhnya membesarkan anak-anak merupakan satu tanggungjawab berat kepada ibu bapa kerana apa yang diterapkan adalah bekalan yang membentuk kehidupan anak mereka. Di usia inilah ramai anak remaja yang kecundang. Banyak cabaran dan godaan yang menerjah masuk memesongkan haluan mereka. Arus kemodenan kini membenarkan anasir-anasir luar mudah untuk singgah. Bagaimana mereka untuk menepis segalanya sedangkan mereka masih belum utuh jiwanya. Anak muda pantang dicabar dan keinginan untuk mencuba mengatasi segalanya. Cuba lihat di sekitar kita, ada anak muda yang berjaya, gah di persada masing-masing. Namun tak kurang yang kecundang. Menjadi raja di jalan raya sehingga mengundang padah pada sekeliling mereka. Ada juga yang menjadi pendamping setia musuh nombor satu negara. Dadah menjadi aksesori kehidupan. Kini, tidak kira remaja lelaki mahupun perempuan, semuanya hebat dan bangga dengan apa yang mereka ada. Siapa yang patut kita salahkan? Tidak perlu menuding jari kepada sesiapa kerana telunjuk yang menghala ke arah org lain hanya satu sedangkan jari-jari lain menuding terus ke arah diri kita sendiri. Cuba kita renungkan, di mana letaknya kepentingan kita dalam membentuk anak-anak ini menjadi orang yang berguna. Cukupkah dengan wang berjuta dan kebebasan tanda berdikari?Guru-gurukah yang perlu menerapkan modal insan kepada anak-anak ini? Sejauh mana seorang guru boleh membentuk mereka? Tidak terkesankah mereka sekiranya ibu bapa mereka sendiri sentiasa menjentikkan nilai-nilai murni ke dalam diri mereka. Naluri seorang anak akan lebih menghargai 5 minit yang diberikan oleh keluarga daripada 5 jam yang dilalui bersama guru-guru dan orang lain. Di sinilah peranan institusi keluarga dilihat penting untuk membina sebuah keluarga yang bahagia dan jauh dari segala masalah sosial. Keluarga bahagia pelindung budaya dan sahsiah remaja.Renung dan fahami di mana letaknya tanggungjawab kita.

pelangi

lapisan warna terbias indah
selepas rintik hujan membasahi bumi
aku pandang pada wajahnya
tak nampak suram
yang terlihat warna-warni ceria
senyuman terukir di wajah pencinta
keindahan alam yang tak terhingga
sungguh Tuhan hanya Kau yang berkuasa
mencipta keindahan pelbagai rupa

hari hari kursus


dah lama aku tak kuar daripada pejabat....rasanya dah tiba masa untuk aku hadir kursus lagi...apatah lagi mmg blm cukup pun jumlah kursus yang perlu dihadiri....then one of my fren suggested a course at intan bukit kiara....kepimpinan dan pengurusan organisasi...alasan pertama kenapa aku nak hadir course ni sebab aku rasa aku banyak kekurangan dalam menjadi seorang ketua...apatah lagi nak handle staffs yang lebih berpengalaman dan berusia...mungkin hadir kursus ni nanti akan dpt beri satu semangat atau pendekatan baru untuk aku become better day by day...alasan lain...aku nak jalan2....shopping2 sket....:)....tarikh kursus 15 sampai 20 nov....13 nov aku dah terpacak kat LCCT...hehehe....dat nite we booked a hotel (im not sure either im satisfied enough wif the condition or not...huhu) but never mind...dah ter"booked" pun....tapi yang pasti mulut member2 aku tak berhenti2 membebel itu tak kena ini tak kena....termasuk mulut aku lah esp afta havin a terrible breakfast ever......


1st activity is "movie inggg"...pisau cukur...yang aku tahu aku tido sebaik masuk suku ke berapa pun aku tak sedar...tp sempatlah dengar "oh my Gucci "...esoknya aktiviti jalan2 bermula....SOGO, MIDValley, OU, Sunway, Pavillion...sume kami jelajah...mmg tak sedar diri gaji belum masuk...dalam merungut belum dapat gaji banyak jugak yang habis esp si CT...dia punyer beli baju pantang masuk PDI ker...MNG ker....rembat ajerk...ada la sepuluh helai agaknya...sama naik ngan k.mimi....habis semua tempat masuk gara2 nak cari PDI purple....sib baik jumpa, kalo tak meracau kot masa nak balik KB...hehehehe....aku cam biasa...beli baju ni susah sket....benda2 lain ada lah skit2.berbelanja secara berhemah ( ni kalo k.mi or CT baca ada kena kutuk jugak ni )....hey...hampir terlupa...all of u suppose tengok 2012....besh....takdala plak aku tido tengok cite ni...it means cite ni bagus.....even seat dah dkt screen kiteroang amik jugak sebab dah banyak kali check cinema asyik penuh jerk...almost a week++ kat sana hari2 jadual penuh dengan aktiviti...perghhhh.....



pasal kursus bagus...peserta yang pelbagai jabatan dan peringkat usia ( siap ada klon a.sey, klon en.lan ludin, klon k.da tumpat )....kiterorang siap gelak2 tengok muka sama...tenaga pengajar intan pun best2 esp dr.ong yang sentiasa buat peserta geli hati dengan cerita2nya:).....i will attend other courses here next time...even kena naik turun tangga yang amatlah banyak...memang kalau aku stay sini for a month pun aku bleh turun berat ni...hahahaha....just imagine to attend DPA for almost 6 months....a.pi sampai kurus2 lagi...wooooo....even he encouraged us to attend dat course....i'll think twice(or maybe sampai hangusla....bukan stakat masak lagi dah)....huhu....am i hav dat "fightin spirit" nak habiskan sume aktiviti dia..can't imagine....


oklah....we spent more than a week here n YES is comin'...aku rasa lebih baik aku balik KB...hahahaha....kalo tak memang balik poket kosong...usai kursus aku pada kali ni bermakna lengkaplah tuntutan memenuhi 7 hari setahun bagi kakitangan kerajaan....dan aku kembali refresh my knowledge about all the theories sebab tu adalah antara subject aku masa kat uni....kalo tak hadir kursus ni aku rasa lama-lama mmg hilang terus ilmu tuh...apa-apa pun aku enjoy dengan perjalanan aku di sini.


TO ALL GOV SERVANTS....HADIRLAH KURSUS:)...IT IS NOT JUST TO MEET THE REQUIREMENT...IT IS FOR US...IT IS A LONG LIFE LEARNING..ENJOY:)