Pages

SMILE:)

SMILE:)

Monday, July 20, 2009

Anak terbuang

Anak itu tidak berdosa,
Titis air matanya sangat berharga,
Tulus wajahnya tagih bahagia,
Mencari-cari kehidupan sentosa,
Bukan tong sampah!!
Bukan kaki lima!!
Itu bukan tempat mereka!!!
Kenapa kejam mereka diperlakukan,
Salah siapa...manusia tanpa pedoman,
Jangan......jangan campak,
Jangan dibuang,
Mereka insan bukan binatang,
Mereka layak disusukan,
Mereka mangsa keadaan,
Mangsa ibu bapa yang cetek fikiran,
KEJAM.
wajie; 13 Julai 2009

MERDEKA DI HATI

Bergegar pentas ini,
Hamburan kata....
Taburan janji,
Tuding menuding itu realiti,
Walau apa yang terjadi,
Jangan perdagang negara ini,
Angkat martabat pertahan maruah diri,
Kemerdekaan harus dihargai,
Kesilapan dulu jangan diulangi,
Jangan jemput kekejaman ke sini,
Anak bangsa harus dilindungi.


wajie; 13 Julai 2009

Mencari damai

Di sebalik kepekatan malam,
Aku lihat kelip-kelip berterbangan,
Bayu yang menghembus membuai perasaan,
  Dingin memeluk menyegarkan kehangatan,

Terang bulan kaburkan kegelapan,
Kerlipan bintang serlah keceriaan,
Esoknya mentari menyinari menerangi alam ciptaan Tuhan,
Semua bersatu dalam sebuah kehidupan,

Jangan ada yang ganggu kedamaian,
Kerana kita layak mendapatkan.
wajie; 12 Julai 2009