Pages

SMILE:)

SMILE:)

Tuesday, March 2, 2010

kalam

satu persatu blog aku baca....ada yang aku suka, ada yang aku tak faham.....ada yang bercerita tentang kehidupan....tentang pengembaraan...perancangan...kegembiraan...kemarahan....kesedihan...tak kurang juga yang mencari pendapatan...bait-bait tulisan mencerminkan maksud yang nak disampaikan...kadang-kadang bila kita baca kita rasa gembira...kita turut merasa sedih dan dengan penuh penghayatan yang membawa kepada reaksi yang berbeza....apa yang dapat aku katakan, setiap insan ada sesuatu yang nak diluahkan...salah satu medium yang digunakan adalah tulisan...ada ketika kita senang menceritakan apa sahaja walaupun kita sedar tulisan itu akan dibaca oleh beribu-ribu orang....kita berkongsi rasa...sebaliknya ada yang hanya suka membaca tetapi untuk mereka bercerita sukar dilaksana...tapi tak mengapa, ini juga salah satu cara kita mengenali insan di alam maya...walau tak pernah bersua muka, dari tulisan mereka kita hampir mengenali walau hanya di depan komputer....kalam ini menjadi perantara...perantara yang mempersembahkan satu pementasan dunia...pementasan di alam maya. Kehidupan tanpa cerita pasti ada silapnya....namun tak semua boleh dikongsi bersama:)....pandai-pandailah kita...selamat berkarya kepada semua penulis-penulis...tapi jangan jadikan ini sebagai medium untuk mencerca, memusnah negara dan bangsa...ingatlah bahawa kata-kata itu lebih tajam daripada mata pedang...boleh membunuh jiwa dan merosakkan budaya..peliharaan keindahan bahasa dengan tarian kata yang indah...belai jiwa pembaca dengan ceritera tanpa dusta..selamat berkongsi cerita.

ritma hidup melalui pancainderaku

dari tingkap ini
aku lihat sebuah kehidupan
ada yang hidup penuh kemewahan
ada yang mencari rezeki di longkang
tingkap kecilku ini kadang terkatup
tapi tak pernah menghalang
satu pemandangan indah mahupun kekejaman
menerjah masuk untuk dicerna fikiran
dari tingkap ini jua
aku melihat kebahagiaan
anak kecil dikendong disayang
ibu tua disuapkan makan
ayah dipimpin ke hadapan
namun penderitaan jua tak pernah hilang
kulihat ada yang lapar tak makan
ada yang merayu bantuan
apa pun yang terbentang
syukur aku kepada Tuhan
kerana tingkap kecilku memberi aku kehidupan.