Pages

SMILE:)

SMILE:)

Saturday, May 30, 2009

Banyaknyer rasa nak masukkan dalam blog ni tentang tulisan-tulisan yang pernah dibuat dulu....tp slow2 lah....banyak sangat.....InsyaAllah akanku letakkan semua tulisan yang pernah dibuat...senang nak tengok balik...kadang2 tuh bleh lupa plak...bila masaaku buat ni???kadang2 tuh jugak macma tak percaya on dat time aku bleh terfikir perkataan atau ungkapan tersebut...sebab tuhla...sebenarnya dalam diri kita ada sisi lain yang tak pernah kita sangkakan. :)

Tak Mampu

tak mampu kuberikan damai
andai celaru tak keruan
tak mampu kuberikan bintang
andai langit kelam suram
tak mampu kulukiskan keindahan
andai tiada ilham datang
tak mampu kuberikan kebahagiaan
andai tak diberi peluang
tak mampu ku ucapkan sayang
kerana belum ada kekuatan.

wajie
04032009
9.49 am

Hadir 2

semilir angin tebarkan rasa
tempias rintik lebarkan duka
intai bahagia di sebalik suram derita
hadirlah cinta pudarkan cerita lara
onak ranjau rempuh tak berhalang
7 lapis warna pelangi rentas kulihat kelangit tinggi
dasar lautan tak pernah gentar
kerana hati mati..terpatri di sini
wajie; 22 Mac 2009

RIBUT KEBENCIAN

saat dan waktu rentak kehidupan
tegur diri ingatkan hati
jangan cepat katakan indah hari ini
sebelum sampai maghribnya
kerana ribut kebencian
mungkin hadir tanpa diundang
sekelumit dendam menjadi barah
setitis air mata menjadi darah
jangan biarkan hati mati
jangan peduli jangan berpaling lagi
setiap detik setiap langkah
hayunkan dengan semangat baru
bentuk diri menjadi parajurit di mata
hanya kita mengerti dan memahami
wajie; 27 Mac 2009

kisah cintaku

credit to chrisye.....just love this song so much*

di malam yg sesunyi ini
aku sendiri
tiada yg menemani
akhirnya kusadari
dia telah pergi
tinggalkan diriku
adakah semua kan terulang
kisah cintakuyang seperti dulu
hanya dirimu yang kucinta dan kukenang
di dalam hatiku
takkan pernah hilang
bayangan dirimu untuk selamanya
mengapa terjadipada diriku
aku tak percaya kau telah tiada
haruskahku pergi
tinggalkan dunia
agar aku dapat berjumpa denganmu

*mengapa terjadi pada diriku
aku tak percaya kau telah tiada
haruskah ku pergi tinggalkan dunia
agar aku dapt berjumpa denganmu


da da da da da da da da...........so nice n so sweet:)

Dara Tiada Nilainya

malar hijau itu sudah ternoda
tangan-tangan rakus merobek indah seni ciptaan Ilahi
mana nilai mana pekerti
andai mata hanya memandang sepi
namun apakan daya
tak mungkin semut kalahkan naga
kerana suara tak mampu gegar kuasa
wang....kini segalanya
dara tiada gunanya....apa lagi yang tinggal untuk anak bangsa
mungkin nanti akan bertanya...apa itu pohon jati???
apa itu alam semulajadi....
kita pinjam bumi ini dari anak cucu kita...
kita pemegang amanah menjaga harta yang dikongsi
bumi ini bukan diwarisi
bumi ini perlu dihormati.


SELAMAT MENYAMBUT HARI BUMI!!!!!!!!


aku jadi aktivis bumi...hahahahaha


wajie ; 20 April 2009

Percaya atau tidak????!!!!

Persahabatan merupakan satu-satunya ikatan yang membenarkan kita untuk membuat pilihan.....kerana ikatan lain selainnyatelah ditentukan oleh Ilahi sejak lahirnya seseorang insan itu ke muka bumi...

betul tak????cuba fikir....ibu?ayah?keluarga?suami?anak2?awek...pakwe...tunang tak jadi.....sume dikategorikan dalam "sahabat"...okie!!!!


credit to......i dunno who...aku lupa baca kat mana benda ni..:)

Renungan untukku



Semai kasih di relung hati
Tautkan cinta di sanubari
Tabur sayang di jiwa sunyi
jalinkan ia sebagai penyeri
hidup mati kerana Ilahi
pasti tak hilang maruah diri
jaga hati hiasi peribadi
kerana nilai tiada pengganti
pesan ibu perlu diingati
jasa ayah perlu dihormati
diri disayangi mahkota dilindungi
InsyaAllah sentiasa dirahmati dan diberkati.
*****sekadar renungan untuk aku sendiri*****
wajie; 22 April 2009

Bingung

pinar.....bingung
Meniti benak menerjah tak sudah
mana pintu nak kubuka
mana jalan nak kulangkah
mana denai nak kuredah
mana gunung nak kudaki
mana lautan nak kuselami
mana arah nak kutuju
mana tembok nak kuroboh
mana sempadan nak kujejaki
hanya kiblatku yang kutemui
hanya itu petunjuk azali.
wajie; 23 April 2009

Wednesday, May 27, 2009

Cuti-cuti


cantik jerk pemandangan kat belakang tuh.....jambatan di gua kelam perlis.




Sempat lagi pose dalam gua...sib baik ada lampu....beshhhhh......

Cantikkkkkk....suke sangat tengok tempat ni...

Adik bersama mama n pelancong dari Singapura....Cable Car Langkawi Island

Insan-insan kesayanganku....mama n abah...love u 4eva


Gambar-gambar ni bingkisan semasa bercuti di langkawi n kampungku di arau Perlis. Dah lama tak jenjalan....so masa cuti tuh ambil kesempatan jalan-jalan....dan paling besh 1st time aku naik cable car kat sini....fuhhhhhh.......agak cuak melihat ketinggiannya....tapi best........banyak juga tempat yang dah berubah di langkawi ni.....dah lama tak menjenguk ke sini....InsyaAllah ada masa nanti...akanku terokai lagi keindahan pulau langkawi.





Tuesday, May 26, 2009

satelit kehidupan

pancaranmu mencerminkan kegembiraan
anak kecil berlari riang...
memetik bunga-bunga kembang
kicau burung hijau halaman
deru air mengalir tenang
awan biru memayung sebuah sketsa kehidupan yang aman

kini, gambaranmu memapar perubahan
haru biru menyelak kehidupan
perang....krisis wang....politik hampir kecundang
di mana-mana kedengaran suara sumbang
ada kuasa yang mengundang kecam
namun tak mampu dihalang
kerana dunia sekarang......
yang kerdil hanya mampu memandang.

keamanan.....semakin jauh menghilang
bencana alam semakin mendatang
semuanya angkara manusia yang tiada pedoman
hatinya hitam memikirkan keuntungan
walaupun kesan amat mendalam

tidakkah ada sedikit kesedaran
untuk terus pelihara keamanan dan kehijauan
yang menjadi tunjang kebahagiaan alam
kerana tak mampu dibeli dengan wang
setiap mata yang memandang
bermunajat kepada Tuhan...
Agar dipelihara keamanan
wujudkan kedamaian.

salam terakhir




salam kuucap penutup duka

kolam-kolam sayu menitis hiba

senyum terukir mengaburi kecewa

tawa yang hadir sebenarnya sengsara

namun tabah menguatkan jiwa

agar tidak lenyap rasa bahagia

walau tak mampu untuk berkata

kasih yang singgah takkan kulupa

dari jauh ku renung ku doakan kau bahagia

ketentuan-Nya aku terima dengan redha.


26 mei 2009......4.49 p.m

Monday, May 25, 2009

dinomit cinta


terletus perasaan itu tanpa paksa
perciknya memancar bahagia
cahaya serlah rasa jiwa
jernih wajah memapar cerita

tutur dibibir umpama gula
nista jauh menyentuh kata
hitam kelabu, putih belaka
kerana cinta penawar duka

dinomit cinta undang bahaya
tanpa waras fikiran manusia
luka menjadi barah
air mata menjadi darah

senandung cinta sebarkan sayang
bebaskan hati ini umpama burung yang terbang
agar mampu terus berdiri dan berlari tanpa henti
mengejar mimpi seindah pelangi.


wajie, 25 mei 2009

HADIRLAH KASIH

KaU PerGI JaUh DarI SisI
MemBawa HatIkU YanG LaMA TEruSIk
NamUN Kau PErgI TinGGaLkU Di SInI
TaPI Ku MasIH SeTIa MEnanTI
HadIrlaH KasIH…BawA Ku PerGI
IngIn KuraSAi HidUp DeNGaN MU
GemBira Di HatI MenItI hArI
HadIRlaH KasIH..Bawa Ku PerGI
BErsAmA HarUngI Hari DeMi HarI
BersAma LalUI NikMat ILaHI
AkU dI sInI MemBilaNG hARi
KaU KemBaLI di SiSi
BawA KU PErGI
kAreNA dIrImu AmaT KucINtaI
JanGAn PErnAh Kau PErGI TinGGaLKAn KU laGI
HaNya KamU YanG KuNanTi
WaLau KasIh DataNG SilIh BerGanTi
AKu Tak MunGkin BercInta LaGI
KarEna HatIKu TelAh DimIliKi
MoGa KasIH KeKaL AbADi
MoGa TerMeteRaI IkaTAn SUcI
DeNgaN RaHMaT dARi IlaHi
SemoGa FanTasI MenJAdI REaLIti


wajie, 2007



****lirik ni aku tujukan pada seseorang suatu masa dahulu*****
memories remains but future brings more joys......hopefully!!!!

lagu buat teman

AzrA& Me....mY besTfrieNd in Uni...:)


BesTfRiends SinCe ChilDhood....LuvS u All


My LoveLy HouseMates In ParIt RajA B.PahAT


ThiS lYriC iS deDicaTed To All my FreNZ Esp. My HousE MateS…You Know Who YOu ArE!!…You aLSo kNow How This SonG Soundz ri8!!!!!!ThiZ SoNg iS aLso For All Of YOU!
(padot tau melodi lagu ni).........


"Saat Berjumpa Kita Semua..Saling Gembira Kita Bersama..SUka dan Duka temPuhi seGala..HiduP CerIa TiAda BataSnya..Kini BermuLA SebuaH CeriTa..HidUp dI dUnia IndaH BElaKA..Tapi Jangan Pula KIta TErLUpa Semua Hanya SemeNtara..ENGKAU teMan KongSI cERita Suka Duka..Yang PEntinG Kita BErjanJI uNtuk SetIA..Di ManA sAja BErada JangaNlaH Kita TErluPA yaNG KIta PErnaH SeIa SeKAta..MenjADi TemaN SepanJang Usia Semoga KEkal KE huJUNg NYaWA..DEngan RAHmAT TUHAN yaNg MAhA EsA."

LoVe StoRy

EveRy SingLe DaY I BreaThe dA Air
i Can FeEL LiKe YoU WeRe TheRe For Me
EveRy SingLe BeaT Of My HearT
I cAn FeeL ThaT YoU tOucH Me So TendeRly
You Make Me FeeL ComForT
YoU maKe Me PamPereD
YoU ArE My LoVE
YoU Are My FrieND
You Are My ENeMY
YoU ArE EveRyThiNg To Me
YoU cAmE iNto My LifE
And BriNG LOvE to ME
It KeePIn RisINg In MY HeaRT
AnD bEcoMe StrOnger DaY bY DaY
SlowLy YoU maKE Me faLL In LOvE WiF YoU
YoUr LOVE iS REaLLy PuRE aND REaL
ThaTz WhY YoU BEcOMe Da KiNG OF MY Heart
mY lIFe wOUlDN’t cOMpLETe WithOut You
YoU aRe HalF oF Me
I wisH i CoulD Be wIF YoU
UntIL Da LasT Breath ThaT I caN taKE


wajie; 24 Mac 2007


"Andai Kata Perpisahan Itu Adalah Jalannya, Andai Kata Persahabatan Itu Tiada Maknanya, Andai Kata Sayang Itu Tiada NIlainya, Andai Kata Kenangan Itu Membawa Luka, Putuskan Ia….Tinggalkan Ia Dan Terbanglah Sebebas-bebasnya Ke Mana Sahaja, Walau Ada Hati Merana, Walau Ada Jiwa Kecewa, Kerana KEIKHLASAN Takkan Muncul Andai Terpaksa."

wajie; 25 Jan 2007


" Bila Hati Dah Jatuh Cinta, Bila Sayang Memenuhi Jiwa, Bila Kasih Mengaburi Mata, Bila Iman Cukup Di Dada, Bila Mampu Mengotakan Janjinya, Maka Tak Salah Andai Dia Berkata, Bila Mungkin Dia Memilikimu Untuk Selamanya "

wajie; 15 Mac 2007

Bahagia milik kita

“ Ada Ketika Kita Perlu Sendiri, Ada Ketika Kita Perlu Teman Disisi, Ada Ketika Kita Benci Dirapati, Ada Ketika Kita Butuh Pengganti…Setiap Kita Ada Hati Untuk Disayangi, Setiap Kita Ada Ruang Untuk Diisi,..Penuhi Dengan Tempias Kasih Suci, Hiasi Dengan Nikmat Rahmat Ilahi, Pilihlah Imam Sejati Untuk Bekalan Bawa Ke Mati.”

wajie; 20 Ogos 2007


“ Sukar Manakah Mengenal Cinta? Payah Manakah Mencari Cinta? Jerih Manakah Memiliki Cinta? Manusiakah Yang Memilih CInta? Atau Cintakah Menjauhi Manusia? Cinta Milik Setiap Hati Yang Suci, Cinta Harus Dikongsi, Andai CInta Sukar Kita Dekati, Ia Harus Dicari..Paterikan Di Sudut Hati, Kita Berhak Mendapatkan Cinta, Pilihan Itu Ditangan Kita, Jodoh Itu Pilihan Kita, Carilah Mutiara Bukan Kaca, Carilah Penawar Mengelak Duka, KERANA BAHAGIA MILIK KITA.”

wajie; 27 Ogos 2007

corat-coret pena

“ Dalam hati ini ada cinta bersemi, dalam hati ini ada kasih terpatri….namun dalam hati ini jua penuh kekecewaan luka semalam yang terbekas. Cinta terhalang gelora lautan…lerai sudah segala ikatan… memori kelmarin kabur di ingatan..hapus dalam lipatan kenangan..biar nisan itu di situ..biar terkubur cinta itu…terlalu pilu dikenang.. ternoktah sudah sebuah kisah ..Kala ini, masihkah ada sisa cinta untuk ku..masihkah ada jiwa yang ingin menyentuh hatiku…buntu…cintaku satu…pada yang menyirami kolam hatiku pasti…kalungan rindu kuiringkan tanda kasih yang tak terperi….kau cintaku…doaku agar dirimu sentiasa bahagia…yakinlah ku disini, walau dihempas badai, sayang dan cinta itu hanya untukmu walau belum kutemu siapa dirimu… Dalam gelap aku merangkak mencari…dalam terang aku berlari mengejar mimpi yang pasti…setiap insan dijanjikan cinta oleh Pencipta yang Esa…itu realiti…Oh Tuhan andai dia Kau ciptakan untukku, dekatkan dia denganku..andai bukan milikku, jauhkan hatiku dengan hatinya.. sungguh langsung tak pernah aku menyerah…aku pasrah dengan kenangan lalu…dalam kabut yang melanda aku yakin ada pelangi indah menanti…hari itu aku akan disayangi…aku akan dicintai…kekuranganku,kedaifanku, dipayungi oleh kelebihannya, kekuatannya….dua hati yang pasti bersatu…biar bintang beribu…namun hanya satu bersinar di mataku…bila akan kutemu bintang itu?akan kutunggu sampai ujung waktu…percikan sinar cinta memancar mencari pengganti yang sudi singgah di sudut kecil hati ini… untukku luahkan rasa yang sarat di jiwa…anganku hanyut memberi mimpi…. MIMPI YANG PASTI!”

-wajie- 14 Februari 2008


Saat itu aku berteman…saat ini kuberteman sepi…kosong hati ini ibarat rongga tanpa isi…tapi hidupku indah…dikelilingi zarah-zarah aktif yang memberi seribu keceriaan, kesedihan, kegembiraan dan kekecewaan….lengkapnya kitaran perasaan seorang insan..tiap hembusan nafasku, aku sayang kamu….hilangnya cinta gantinya pasti ada…hilangnya sahabat…tangis umpama teman setia.

Wajie, 28 februari 2008


Debar…..degup jantung kencang memalu detik ini…sesak dada ini dengan tanya…kenapa??akal tak bisa membiaskan rasa….jiwa tak temui apa puncanya…aku tidak senang dengan rasa ini…apa sebenarnya yang bertakung dalam kolam hatiku??aku sendiri keliru, buntu…buntu dengan ketentuan yang tak pasti…inikah jalan nya???inikah hidupku…benar aku tak pernah menyangka ini takdirku…pasrah aku pasrah…redha dengan pilihan-Mu…mampukah aku membimbing jasadku ini menuju ke arah-Mu Ya Tuhanku..pada-Mu aku bermohon dan berserah…agar tidak terpesong di persimpangan hidup..jalan gelap, lorong hitam umpama buih di laut… takkan aku pernah bisa menepis semuanya..aku insan biasa yang leka, lalai dalam syurga dunia…setiap nafasku,setiap denyut nadiku, tidak akan pernah aku lupa kebesaran-Mu..namun sifat manusia kadang kala dipayungi nafsu kejahatan yang menjadi racun dalam kehidupan..pemusnah iman yang rapuh, menjadi pembunuh di sebalik bayangan…lumrah hidup umat Adam dan Hawa, ada baik ada buruknya…yang kekal sempurna hanyalah Dia yang berkuasa….berdoalah kita agar sentiasa dirahmati-Nya, dilindungi daripada malapetaka, dijauhi bahang api neraka…agar kekal dibimbing menuju ke alam syurga yang nyata.

Wajie- 17 Mac 2008

PTN KELANTAN 2007


Julai 2007, sejarah tercipta….
Aku, dia dan mereka……
Bunga-bunga perkenalan berputik memberi seribu kenangan….
58 insan bersatu di bawah satu ikatan…satu kerajaan.,.
Sebulan menyemai benih-benih persahabatan…
Membuka ruangan baru dalam kehidupan…
Bertambah lagi kenalan…
Pelbagai peringkat usia dan latar belakang.
Ogos 2007, kami dipisahkan ke pelbagai jabatan…
Diagihkan jawatan dan tugasan
Tanggungjawab ini kami ambil bukan sebagai beban
Dengan harapan mampu dilaksanakan tanpa bebelan
Walau ke mana kami ditempatkan
Molekul-molekul persahabatan menjadi keutamaan
Ke mana pergi pasti ada kawan
Walaupun melangkah ke mana jua jajahan
Perkhidmatan terbaik kami usahakan
Membantu rakan yang lebih berpengalaman
Ilmu dan teladan kami dambakan
Supaya kita bekerjasama membangunkan negeri kesayangan
Sketsa kehidupan bermula kini
Dugaan, cabaran pasti kita temui
Namun apa juga halangan harus ditempuhi
Ke gunung ke lurah sama kita jejaki
Hulurkan tangan saat diperlukan
Suluhkan cahaya andai kegelapan
Lengkap-melengkapi jadikan amalan
Semoga kita sentiasa maju ke hadapan
Bersama kita merangkak mencari
Bersama kita berlari mengejar mimpi
Semoga ikatan kekal abadi
Sampai ke akhir khidmat kita di sini.

Wajie
Februari 2008

PUTARAN KEHIDUPAN YANG PASTI

Rantaian PerhubungaN tak pernAh putuS….AdA suKa adA dukA…..Aku DengaR, aku ReNunG..aKu alAmi…AdA yaNg Ke JinjAng PelamIn…AdA yaNG TersaRunG CinCin Di jarI….AdA yaNG nUN di PUncaK, Gah Di PersaDA dUNIa…NamUn tak kuraNG yaNg KecEwA dAn PatAh haTi..KarAm di LuaTan PerCintAan dAn KehiduPan…NakhodA EnTah Ke ManA…LayAr TerPesoNg hAluAn…NamUN walaU paTah TiaNG layAr, WaLau CarIk TiraiNya..ganTi nya pASti Ada…JangAn PerNah PutUs HaraPan…PenyuDaH KehiduPan taK PernaH TerUngkaI selAgi BeluM diIkaT huJung KafaNmu…SelaGi MamPu DirImu BernafAS..selaGI DenyUt naDi BeluM TerHEntI, JangAN PErnAH MengaKU kaLAh…YaNG MahA Esa TakkaN MEnguJi UmaTnya YanG Tak MaMPu MenanGGung..TEriMA KAsiH TUhaN KeraNA aku MAsiH daLam PerhatIanMu…RodA KehidupAN taKKan PErnAH BErhENtI…PutAraNNya menGisi RongGa KehiduPAn..MenJAdi ZaraH BErErtI MEmBEri Makna Di PentAS iNI…MenjADi MadU dan RaCUn daLAm diRi…SejaUH mAna SaBarMu DiiNjak KE BUmI, PerCAYa PadA HatI, RedHA KEteNtuaN ILaHI…SetIAp YanG TErjadI adA RahmaT TErseMBUnyi…aKu caRi, Aku TeLuSurI, SetiaP INcI BuMI MengAjaR InsAn KErdIL MengenaLI diRi, MEncAri CahAya daLam surAm suasana, MErangkak DalAm GElaP, BErlari Menongkah menTari, Semua Untuk Kita, Apa YanG TerJadI HaNYa RenCah KEhiduPAn, TerleBih TerkuRang lUmraH dAn RealiTi HidUP yaNG taK pErnaH memilIh GerangAn..SetIap InsAn pasTI haruNgi KepayaHan..NamUn, PulaNGan PasTi LUmaYan bagI MereKa yaNG taHU erTi HidUp… RoNa hidUP baNYak cabaRan, BanyAk DugaAN, BanyAk HalaNGan..JeriH PeriH KeringaT BerbalOi usAha AndaI dIsaMbuT Lega Di HatI…MencaRi daN TerUS MencaRI…HaraPAn SetiNGGi LangIt..TergaPaikAH ImpIAn..JangAN PernAh BErhenTi BerharAP.