Pages

SMILE:)

SMILE:)

Tuesday, May 26, 2009

satelit kehidupan

pancaranmu mencerminkan kegembiraan
anak kecil berlari riang...
memetik bunga-bunga kembang
kicau burung hijau halaman
deru air mengalir tenang
awan biru memayung sebuah sketsa kehidupan yang aman

kini, gambaranmu memapar perubahan
haru biru menyelak kehidupan
perang....krisis wang....politik hampir kecundang
di mana-mana kedengaran suara sumbang
ada kuasa yang mengundang kecam
namun tak mampu dihalang
kerana dunia sekarang......
yang kerdil hanya mampu memandang.

keamanan.....semakin jauh menghilang
bencana alam semakin mendatang
semuanya angkara manusia yang tiada pedoman
hatinya hitam memikirkan keuntungan
walaupun kesan amat mendalam

tidakkah ada sedikit kesedaran
untuk terus pelihara keamanan dan kehijauan
yang menjadi tunjang kebahagiaan alam
kerana tak mampu dibeli dengan wang
setiap mata yang memandang
bermunajat kepada Tuhan...
Agar dipelihara keamanan
wujudkan kedamaian.

No comments:

Post a Comment