renung ke mata
temui sinar tanpa bicara
renung ke hati
temui kasih tak terhenti
renung ke jiwa
sampai mati tetap ada cinta
renung ke mana sahaja
pasti ada bahagia
laungkan pada semua
aku sayang aku cinta
jeritkan pada alam
semua benar bukan palsu semata
hembuskan pada bayu
setiamu hanya untuk aku
titipkan dalam doamu
moga hati kita bersatu.
wajie; 26 Jun 2009