malar hijau itu sudah ternoda
tangan-tangan rakus merobek indah seni ciptaan Ilahi
mana nilai mana pekerti
andai mata hanya memandang sepi
namun apakan daya
tak mungkin semut kalahkan naga
kerana suara tak mampu gegar kuasa
wang....kini segalanya
dara tiada gunanya....apa lagi yang tinggal untuk anak bangsa
mungkin nanti akan bertanya...apa itu pohon jati???
apa itu alam semulajadi....
kita pinjam bumi ini dari anak cucu kita...
kita pemegang amanah menjaga harta yang dikongsi
bumi ini bukan diwarisi
bumi ini perlu dihormati.
SELAMAT MENYAMBUT HARI BUMI!!!!!!!!
aku jadi aktivis bumi...hahahahaha
wajie ; 20 April 2009
No comments:
Post a Comment