Pages

SMILE:)

SMILE:)

Monday, May 25, 2009

PTN KELANTAN 2007


Julai 2007, sejarah tercipta….
Aku, dia dan mereka……
Bunga-bunga perkenalan berputik memberi seribu kenangan….
58 insan bersatu di bawah satu ikatan…satu kerajaan.,.
Sebulan menyemai benih-benih persahabatan…
Membuka ruangan baru dalam kehidupan…
Bertambah lagi kenalan…
Pelbagai peringkat usia dan latar belakang.
Ogos 2007, kami dipisahkan ke pelbagai jabatan…
Diagihkan jawatan dan tugasan
Tanggungjawab ini kami ambil bukan sebagai beban
Dengan harapan mampu dilaksanakan tanpa bebelan
Walau ke mana kami ditempatkan
Molekul-molekul persahabatan menjadi keutamaan
Ke mana pergi pasti ada kawan
Walaupun melangkah ke mana jua jajahan
Perkhidmatan terbaik kami usahakan
Membantu rakan yang lebih berpengalaman
Ilmu dan teladan kami dambakan
Supaya kita bekerjasama membangunkan negeri kesayangan
Sketsa kehidupan bermula kini
Dugaan, cabaran pasti kita temui
Namun apa juga halangan harus ditempuhi
Ke gunung ke lurah sama kita jejaki
Hulurkan tangan saat diperlukan
Suluhkan cahaya andai kegelapan
Lengkap-melengkapi jadikan amalan
Semoga kita sentiasa maju ke hadapan
Bersama kita merangkak mencari
Bersama kita berlari mengejar mimpi
Semoga ikatan kekal abadi
Sampai ke akhir khidmat kita di sini.

Wajie
Februari 2008

No comments:

Post a Comment