Pages

SMILE:)

SMILE:)

Sunday, December 13, 2009

Anak-anak zaman sekarang

Kematangan merupakan satu permulaan bagi membentuk sebuah kehidupan. Dari seawal usia kanak-kanak, kita ditatang, dijaga serba-serbi oleh kedua ibu bapa yang menyayangi. Hampir semua kerperluan disediakan untuk memenuhi kehendak kita. Kedewasaan menginjak menjadi remaja yang banyak ragam dan keinginan. Sesungguhnya membesarkan anak-anak merupakan satu tanggungjawab berat kepada ibu bapa kerana apa yang diterapkan adalah bekalan yang membentuk kehidupan anak mereka. Di usia inilah ramai anak remaja yang kecundang. Banyak cabaran dan godaan yang menerjah masuk memesongkan haluan mereka. Arus kemodenan kini membenarkan anasir-anasir luar mudah untuk singgah. Bagaimana mereka untuk menepis segalanya sedangkan mereka masih belum utuh jiwanya. Anak muda pantang dicabar dan keinginan untuk mencuba mengatasi segalanya. Cuba lihat di sekitar kita, ada anak muda yang berjaya, gah di persada masing-masing. Namun tak kurang yang kecundang. Menjadi raja di jalan raya sehingga mengundang padah pada sekeliling mereka. Ada juga yang menjadi pendamping setia musuh nombor satu negara. Dadah menjadi aksesori kehidupan. Kini, tidak kira remaja lelaki mahupun perempuan, semuanya hebat dan bangga dengan apa yang mereka ada. Siapa yang patut kita salahkan? Tidak perlu menuding jari kepada sesiapa kerana telunjuk yang menghala ke arah org lain hanya satu sedangkan jari-jari lain menuding terus ke arah diri kita sendiri. Cuba kita renungkan, di mana letaknya kepentingan kita dalam membentuk anak-anak ini menjadi orang yang berguna. Cukupkah dengan wang berjuta dan kebebasan tanda berdikari?Guru-gurukah yang perlu menerapkan modal insan kepada anak-anak ini? Sejauh mana seorang guru boleh membentuk mereka? Tidak terkesankah mereka sekiranya ibu bapa mereka sendiri sentiasa menjentikkan nilai-nilai murni ke dalam diri mereka. Naluri seorang anak akan lebih menghargai 5 minit yang diberikan oleh keluarga daripada 5 jam yang dilalui bersama guru-guru dan orang lain. Di sinilah peranan institusi keluarga dilihat penting untuk membina sebuah keluarga yang bahagia dan jauh dari segala masalah sosial. Keluarga bahagia pelindung budaya dan sahsiah remaja.Renung dan fahami di mana letaknya tanggungjawab kita.

No comments:

Post a Comment