Pages

SMILE:)

SMILE:)

Wednesday, March 17, 2010

harmoni sebuah desa

Dah lama aku n family tak balik berhimpun kat kampung...di jelempok arau.....last chinesse new year kami berkesempatan berkumpul but my sis ada sorang tak pat balik...baru tukar keje...kena jaga rekod...he he......
Banyak aktiviti yang kiteorang buat nak isi masa almost seminggu kat sana....yang penting dapat jumpa tok, mak long,pak long, n sepupu2 dan ahli keluarga yang lain...cam biasa kalo balik sebut je nak makan aper mesti mak long usahakan....tak pun gi je kedai makcik order...:)...untung hidup ni......


ini time ecah n ichat main2 bersama tok nyang mereka....sib dorang baik dapat kenal nyang mereka...aku tak sempat kenal pon nenda n tokku belah ayah....ichat ni pantang jumpa mainan...bersepahhh....sib baik echah cool....

 

14 february genaplah ichat 6 tahun rasanya...malam tuh ktorang buat BBQ....makan sampai lentok.....ichat sempat kena buli ngan maksu dia...sampai sudah dia tak puas hati n cuba nak balas dendam...kesian...nama pun budak2....daging,satay,jagung...sume habis malam tuh...dorang ni melantak sungguh....tapi takper tak membazir....



aktiviti lain yang kiterorang buat ialah picnic....1st day cubaan gi gua kelam, GAGAL....ramainyer manusia macam tak pernah aku tengok....slalunyer pegi gua kelammm...tak pernah ramai manusia cam semut....last2 balik jerk...but untuk tak menghampakan ichat...singgah jugak mandi kat bukit jernih....n da next day...pagi2 lagi kami dah booked tempat kat gua kelam..hehehe....puas hati sume dapat mandi n picnic kat situ....n for da 1st time juga aku berani naik sampai muka pintu gua n mandi kat situ...sedang enak bermandi manda bersama abang,adik n sepupu2....tibe2 adik aku jerit...ULARRRRRR...sengallll........gelabah sume berenang cabut....pengalaman tuh mmg best...sib baik tak menjejaki ke dalam gua...tahap keberanian belum sampai peringkat tu....ho ho


plan awal aku n sepupu aku nak ke langkawi...saje lepak...dah lama tak gi...but frust jerk sebab mmg la raya cina ni ramai org berjalan...tiket2 susah nak dapat...hotel full....sengalll....apa tak nyer...nak lepaskan angin makan angin jugak...malam tuh lepak lah kiteorang kat kuala perlis...takper akan kiterorang gi jgak next time...sib baiklah tak jauh...he he....bile2 rasa nak gi bleh gi...kali ni aku bg pluang kat manusia2 lain yang beribu2 beratur nak gi...malam ni family yang lain makan besar kat kedai makcik...tp aku,yanti n adik gatal nak gi lepak kat kuala....he he he....pantang jumpa tempat jer brenti...biasalah kuat membeli....:)





di suatu petang, kami menghabiskan masa bermain layang-layang@wau di sawah bendang....senja yang indah menggamit saujana mata memandang...indah ciptaan ilahi....sampai ke maghrib jugaklah melepak kat situ...ichat tak habis2 mengejar abah dia naikkkan wau...yang lain...tengok jerkla kan...sambil2 lawan dengan wau jiran2...echah yang tak tahu apa menjadi mangsa camera aku...mana dia melangkah aku snap...comel dak ni...hehehe...sabar yer chah....hujung tahun kamu dapat adik lagi.....dohhhh bertambah anak sedara aku lagi.....yeeeeehaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa........tamatlah percutian kami di kampung halaman sendiri:)

Tuesday, March 2, 2010

kalam

satu persatu blog aku baca....ada yang aku suka, ada yang aku tak faham.....ada yang bercerita tentang kehidupan....tentang pengembaraan...perancangan...kegembiraan...kemarahan....kesedihan...tak kurang juga yang mencari pendapatan...bait-bait tulisan mencerminkan maksud yang nak disampaikan...kadang-kadang bila kita baca kita rasa gembira...kita turut merasa sedih dan dengan penuh penghayatan yang membawa kepada reaksi yang berbeza....apa yang dapat aku katakan, setiap insan ada sesuatu yang nak diluahkan...salah satu medium yang digunakan adalah tulisan...ada ketika kita senang menceritakan apa sahaja walaupun kita sedar tulisan itu akan dibaca oleh beribu-ribu orang....kita berkongsi rasa...sebaliknya ada yang hanya suka membaca tetapi untuk mereka bercerita sukar dilaksana...tapi tak mengapa, ini juga salah satu cara kita mengenali insan di alam maya...walau tak pernah bersua muka, dari tulisan mereka kita hampir mengenali walau hanya di depan komputer....kalam ini menjadi perantara...perantara yang mempersembahkan satu pementasan dunia...pementasan di alam maya. Kehidupan tanpa cerita pasti ada silapnya....namun tak semua boleh dikongsi bersama:)....pandai-pandailah kita...selamat berkarya kepada semua penulis-penulis...tapi jangan jadikan ini sebagai medium untuk mencerca, memusnah negara dan bangsa...ingatlah bahawa kata-kata itu lebih tajam daripada mata pedang...boleh membunuh jiwa dan merosakkan budaya..peliharaan keindahan bahasa dengan tarian kata yang indah...belai jiwa pembaca dengan ceritera tanpa dusta..selamat berkongsi cerita.

ritma hidup melalui pancainderaku

dari tingkap ini
aku lihat sebuah kehidupan
ada yang hidup penuh kemewahan
ada yang mencari rezeki di longkang
tingkap kecilku ini kadang terkatup
tapi tak pernah menghalang
satu pemandangan indah mahupun kekejaman
menerjah masuk untuk dicerna fikiran
dari tingkap ini jua
aku melihat kebahagiaan
anak kecil dikendong disayang
ibu tua disuapkan makan
ayah dipimpin ke hadapan
namun penderitaan jua tak pernah hilang
kulihat ada yang lapar tak makan
ada yang merayu bantuan
apa pun yang terbentang
syukur aku kepada Tuhan
kerana tingkap kecilku memberi aku kehidupan.

Monday, January 18, 2010

10 perkara nak hadap tahun 2010

1. Capai sasaran kerja bulanan dan tahunan unit

2. Berjaya laksana semua program persatuan/jabatan yang dirancang

3. Dapat handle staff dengan lebih baik ( macam mana nak jadi garang???hahaha...fine, tegas )

4. Holiday di mana2 tempat yang aku rasa nak pergi

5. Turunkan berat badan..hehehe..

6. Simpan duit banyak2 ( boleh ker???wooohhhooooooo )

7. Cari jodoh...aiyarkkkk....

8. Beli semua barang yang aku nak

9. Enjoy life better than before

10. Tambah ilmu yang tak bertambah2 lagi ni....aminnnnnnn

hari ini

aku semakin rasa tidak senang...semuanya.....semua nampak celaru...tunggang langgang....tak teratur....apa yang mengganggu aku sendiri tak tahu....nak taip surat pun aku jadi kaku...pening fikirkan kenapa.....mungkin ada silap di mana-mana yang aku belum temui punca....kerja???aku rasa susahnyerrrrrrr....sedangkan benda tuh dah slalu aku laksana.....benda2 yang slalu jumpa pun kadang2 lupa....nak kata gangguan jiwa...uishhh...bahaya......mungkin sebab banyak benda nak jaga so aku jadi blurrrrrr.....time2 ni la mula nak ingat zaman muda....sebelum bekerjaya...belajar belajar belajar.......tp taklah sampai sengsara.....tengoklah hari2 esok macam mana....mungkin yang haru biru ni jadi sebaliknya..hope so:)

Sunday, December 13, 2009

separuh jiwaku pergi

Separuh Jiwaku Pergi by Anang

Separuh Jiwaku Pergi
Memang indah semua
Tapi berakhir luka
Kau main hati
Dengan sedarmu
Kau tinggal aku

Reff:
Benar ku mencintaimu
Tapi tak begini
Kau khianati hati ini
Kau curangi aku

Kau bilang tak pernah bahagia
Selama dengan aku
Itu ucap bibirmu
Kau dustakan semua
Yang kita bina
Kau hancurkan semua

Benar ku mencintaimu
Tapi tak begini
Kau khianati hati ini
Kau curangi aku

Benar ku mencintaimu
Tapi tak begini
Kau khianati
Kau curangi aku
Kau dustai hati
Benar kumencintaimu


note: i just luv this song so much......

Anak-anak zaman sekarang

Kematangan merupakan satu permulaan bagi membentuk sebuah kehidupan. Dari seawal usia kanak-kanak, kita ditatang, dijaga serba-serbi oleh kedua ibu bapa yang menyayangi. Hampir semua kerperluan disediakan untuk memenuhi kehendak kita. Kedewasaan menginjak menjadi remaja yang banyak ragam dan keinginan. Sesungguhnya membesarkan anak-anak merupakan satu tanggungjawab berat kepada ibu bapa kerana apa yang diterapkan adalah bekalan yang membentuk kehidupan anak mereka. Di usia inilah ramai anak remaja yang kecundang. Banyak cabaran dan godaan yang menerjah masuk memesongkan haluan mereka. Arus kemodenan kini membenarkan anasir-anasir luar mudah untuk singgah. Bagaimana mereka untuk menepis segalanya sedangkan mereka masih belum utuh jiwanya. Anak muda pantang dicabar dan keinginan untuk mencuba mengatasi segalanya. Cuba lihat di sekitar kita, ada anak muda yang berjaya, gah di persada masing-masing. Namun tak kurang yang kecundang. Menjadi raja di jalan raya sehingga mengundang padah pada sekeliling mereka. Ada juga yang menjadi pendamping setia musuh nombor satu negara. Dadah menjadi aksesori kehidupan. Kini, tidak kira remaja lelaki mahupun perempuan, semuanya hebat dan bangga dengan apa yang mereka ada. Siapa yang patut kita salahkan? Tidak perlu menuding jari kepada sesiapa kerana telunjuk yang menghala ke arah org lain hanya satu sedangkan jari-jari lain menuding terus ke arah diri kita sendiri. Cuba kita renungkan, di mana letaknya kepentingan kita dalam membentuk anak-anak ini menjadi orang yang berguna. Cukupkah dengan wang berjuta dan kebebasan tanda berdikari?Guru-gurukah yang perlu menerapkan modal insan kepada anak-anak ini? Sejauh mana seorang guru boleh membentuk mereka? Tidak terkesankah mereka sekiranya ibu bapa mereka sendiri sentiasa menjentikkan nilai-nilai murni ke dalam diri mereka. Naluri seorang anak akan lebih menghargai 5 minit yang diberikan oleh keluarga daripada 5 jam yang dilalui bersama guru-guru dan orang lain. Di sinilah peranan institusi keluarga dilihat penting untuk membina sebuah keluarga yang bahagia dan jauh dari segala masalah sosial. Keluarga bahagia pelindung budaya dan sahsiah remaja.Renung dan fahami di mana letaknya tanggungjawab kita.

pelangi

lapisan warna terbias indah
selepas rintik hujan membasahi bumi
aku pandang pada wajahnya
tak nampak suram
yang terlihat warna-warni ceria
senyuman terukir di wajah pencinta
keindahan alam yang tak terhingga
sungguh Tuhan hanya Kau yang berkuasa
mencipta keindahan pelbagai rupa

hari hari kursus


dah lama aku tak kuar daripada pejabat....rasanya dah tiba masa untuk aku hadir kursus lagi...apatah lagi mmg blm cukup pun jumlah kursus yang perlu dihadiri....then one of my fren suggested a course at intan bukit kiara....kepimpinan dan pengurusan organisasi...alasan pertama kenapa aku nak hadir course ni sebab aku rasa aku banyak kekurangan dalam menjadi seorang ketua...apatah lagi nak handle staffs yang lebih berpengalaman dan berusia...mungkin hadir kursus ni nanti akan dpt beri satu semangat atau pendekatan baru untuk aku become better day by day...alasan lain...aku nak jalan2....shopping2 sket....:)....tarikh kursus 15 sampai 20 nov....13 nov aku dah terpacak kat LCCT...hehehe....dat nite we booked a hotel (im not sure either im satisfied enough wif the condition or not...huhu) but never mind...dah ter"booked" pun....tapi yang pasti mulut member2 aku tak berhenti2 membebel itu tak kena ini tak kena....termasuk mulut aku lah esp afta havin a terrible breakfast ever......


1st activity is "movie inggg"...pisau cukur...yang aku tahu aku tido sebaik masuk suku ke berapa pun aku tak sedar...tp sempatlah dengar "oh my Gucci "...esoknya aktiviti jalan2 bermula....SOGO, MIDValley, OU, Sunway, Pavillion...sume kami jelajah...mmg tak sedar diri gaji belum masuk...dalam merungut belum dapat gaji banyak jugak yang habis esp si CT...dia punyer beli baju pantang masuk PDI ker...MNG ker....rembat ajerk...ada la sepuluh helai agaknya...sama naik ngan k.mimi....habis semua tempat masuk gara2 nak cari PDI purple....sib baik jumpa, kalo tak meracau kot masa nak balik KB...hehehehe....aku cam biasa...beli baju ni susah sket....benda2 lain ada lah skit2.berbelanja secara berhemah ( ni kalo k.mi or CT baca ada kena kutuk jugak ni )....hey...hampir terlupa...all of u suppose tengok 2012....besh....takdala plak aku tido tengok cite ni...it means cite ni bagus.....even seat dah dkt screen kiteroang amik jugak sebab dah banyak kali check cinema asyik penuh jerk...almost a week++ kat sana hari2 jadual penuh dengan aktiviti...perghhhh.....



pasal kursus bagus...peserta yang pelbagai jabatan dan peringkat usia ( siap ada klon a.sey, klon en.lan ludin, klon k.da tumpat )....kiterorang siap gelak2 tengok muka sama...tenaga pengajar intan pun best2 esp dr.ong yang sentiasa buat peserta geli hati dengan cerita2nya:).....i will attend other courses here next time...even kena naik turun tangga yang amatlah banyak...memang kalau aku stay sini for a month pun aku bleh turun berat ni...hahahaha....just imagine to attend DPA for almost 6 months....a.pi sampai kurus2 lagi...wooooo....even he encouraged us to attend dat course....i'll think twice(or maybe sampai hangusla....bukan stakat masak lagi dah)....huhu....am i hav dat "fightin spirit" nak habiskan sume aktiviti dia..can't imagine....


oklah....we spent more than a week here n YES is comin'...aku rasa lebih baik aku balik KB...hahahaha....kalo tak memang balik poket kosong...usai kursus aku pada kali ni bermakna lengkaplah tuntutan memenuhi 7 hari setahun bagi kakitangan kerajaan....dan aku kembali refresh my knowledge about all the theories sebab tu adalah antara subject aku masa kat uni....kalo tak hadir kursus ni aku rasa lama-lama mmg hilang terus ilmu tuh...apa-apa pun aku enjoy dengan perjalanan aku di sini.


TO ALL GOV SERVANTS....HADIRLAH KURSUS:)...IT IS NOT JUST TO MEET THE REQUIREMENT...IT IS FOR US...IT IS A LONG LIFE LEARNING..ENJOY:)

Wednesday, November 4, 2009

Titipan hati

mendung belum berlalu pergi
pelangi rajuk untuk kembali
tiada sinar mentari lagi
tiada jiwa dalam kehidupan ini

taufan hati bergolak tanpa henti
tak kumengerti titipan hati ini
damailah hati jangan bersedih lagi
percaya bahagia sentiasa menanti.


wajie;com lab smkdam 05/11/2009

imbau zaman sekolah


rite now at my old school...smkdam...attending an ICT course...banyaknyer perubahan di sekolah ni...namun still ramai cikgu2 yang pernah ajar aku dulu...thank God diorang still kenal aku...maklumlah almost 8 years aku tinggalkan zaman persekolahan...sempat aku lawat balik tempat2 lepak aku dulu...taman datin...dewka
(dulu open skrg dah berdinding)....kantin dah berubah tempat...kelas 2 lambda dulu dah jadi dewan plento ( dunno how to spell...tak ingat nak tengok td )...lorong tepi tandas dekat koop yang menjadi tempat lepak aku dulu....dinding2 makmal yang masih ada lukisan2 aku dan rakan2...terimbau kenangan zaman persekolahan yang sememangnya takkan pernah aku lupakan...dan aku percaya, bagi semua org zaman persekolahan adalah among da best memories dat alwiz remain in our heart....cikgu2 yang dulu muda2 skrg dah makin berusia...teringat zaman dulu2 diorang pening kepala melayan aku dan rakan2...sempat ada sorang cikgu yang aku jumpa cakap...camner bleh lupa budak2 lambda kan pelik2 (puuulaaahhhh adalah perkataan yang digunakan )...hehehe...at least kiteorang meninggalkan kesan yang menyebabkan cikgu2 ingat kami:)....aku rindu saat tuh...tq to all teachers....

Friday, October 30, 2009

i lost quarter of me

hari ni seperti yang dijanjikan aku jumpa member2 di golf club...sajer nak menebas lepas lama tak buat...swing aku dah hampeh dah.....kejap jd kejap tak...maklumlah sebulan sekali tak tentu training...nak habiskan seratus biji pon dah sakit pinggang...tapi disebalik training hari ni ader cerita sedih telah berlaku....dalam tak sedar samada semasa aku cabut glove dari tangan or masa aku cuci tangan, i lost my beloved ring....a ring dat i got since form 3 (present mama yang dia beli kat Mekah)....almost 10 years la kot....tak pernah takder kat jari aku....aku sedar masa dah sampai umah...dalam keta...kelam kabut aku cari dalam rumah...bilik air...tp yang aku ingat aku pakai masa gi driving range...puas cari kat umah tak jumpa....aku ajak jugak member aku pegi balik kgcc nak cari...tp bukan jodoh aku lagi kot dengan cincin tuh....tak jumpa....sedihnyerrrrrrrr.......huhu....sepuloh tahun nampak dia kat jari aku...sekarang dah takder....jari aku kosong...love dat ring so much...even i'll get a new one...never be da same.

lagi lagi dia

last tuesday.....lunch hour aku nak balik umah tidooooo.......dah lama tak balik kuarters ni....masuk je umah...destinasi pertama dapur....amik air la weihhh.....tiba-tiba nampak sesuatu melintas didepan kakiku....panjang ekornya...menjerit aku....dengan keberanian yang tak seberapa aku buka pintu almari dapur....kulihat ekornya menyusup masuk perlahan-lahan...kuketuk2 dinding almari...slow2 je dia gerak...dalam otak aku dah fikir...kalo tikus mesti pantas je cabut....aiiiiii.....dia bergerak ke sebelah dinding....bermaksud alamari sebelah bilik mandi....dengan sikit lagi sisa keberanian....aku menjengah...sekaliiiiiiii........panjangnyerrrrrrrrr.....confirm ULAR....lagi la aku menjerit......housemate aku dah lari jauh dah..hampeh....tindakan seterusnya adalah cari bantuannnnnn....sib baik ada staff aku yang dok berdekatan....tapi malangnyer lepas dia sampai ular tuh dah hilang dari penglihatan....habis diselongkar tetap tak jumpa....akhirnya staff tuh balik jer...sampai sekarang kiterorang tak tahu mana dia sembunyi.....nampaknya tak tahu sampai bile la aku akan bertemankan housemate baru tuh...wahai ular tolonglah ko keluar dari rumahku....tak dapat den banyangkan den tertidur dengan dia....whooooooooooooooooooooaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......simpang malaikat 44.

Monday, October 19, 2009

hari yang memenatkan

last day bulan syawal...last day jugaklah aku nak pose 6....sape soh lambat2 kan....hari ni aku sorang2 kat ofis...staffs ramaila...officer just me....org lain ada program di Istana Balai Besar...aku sukarela nak stay ofis coz keje banyak sangat....as usual musim cuti...conpem ramai giler org.....start da day with a smile...but then...pintu bilik aku sentiasa diketuk-ketuk....kejap2, knock2....knock2....adoi....ramai nyer org berurusan hari nih....tak leh nak katalah kan...org akan ambil kesempatan cuti ni nak selesaikan segala urusan...huhu...akibatnyer aku yang letih jiwa....sesungguhnya berkhidmat untuk rakyat ni memberi kepuasan yang amat kalau kita dapat tolong selesaikan masalah dorang...esp org2 kampung yang sentiasa memandang tinggi pada seseorang yang kerjanya macam aku....aku semakin memahami kerja aku...bak kata bos aku....we have to be an assistant district officer....not assistant pejabat tanah...hehehe....meresap dalam kepala otak aku ayat dia tuh....then aku faham kenapa setiap kali mitim semua pegawai kena involve...supaya tahu semua perkembangan....bukan tahu kerja yang kena buat jerk...hari ni mcm2 urusan yang datang...staff aku td heboh kata ustaz ravi (penceramah yang slalu masuk TV tuh) masuk bilik aku...patotla aku rasa cam kenal tp dah mmg penyakit aku susah nak cam org....kdg2 kita tak pernah sangka who will b ur customer...as for me...no matter who u are...aku layan tetap sama....alasannya...berlaku adil tu kan perlu...alasan lain...aku mmg tak cam saper so aku layan samalah...my bad..hehehe....penutupnya aku tak sabar nak balik hari ni....CC aku dah peta banyak tempat makanan sedap2 untuk aku cari buka pose...unfortunately...hujan turun dengan lebatnyaaaaaaa.....dan aku terpaksalah drive menuju rumah jerk....dahla kacamataku tertinggal...terpaksalah buka mata besar2...hmmmmmm.....nak balik rumahhhhh cepatttt.....nak sambung baca PELANGI...:)

Sunday, October 4, 2009

Kejadian pada waktu Maghrib

04/10/2009.....hari nie hari ketiga aku puasa 6....letihnyer rasa.....buat kerja pun takder mood....mesyuarat hari ni laporan bahagian aku ok ok je...."aku nak balik tepat pada masanya hari ni" hatiku berkata......4.45 ptg, masih lagi ada kerja yang belum selesai...."lambat sket la"...5.00 ptg, aku menapak perlahan-lahan pulang.....sampai di rumah.....lepak depan TV....berbual-bual dengan housemate cam biasa.....solat asar....then, "k.ya, malam ni wajie nak makan sesuatu yg sedap....kita gi makan satey n cari nasi lemak eh....sebaik selepas maghrib k"...k.ya setuju dan selepas tuh kami mandi dan bersiap....sejurus selepas solat maghrib....aku menonton national geographic berkaitan phirana....k.ya yang selesai memakai tudung terus membuka pintu depan rumah....tiba-tiba, "ahhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!ada ular!!!"....terkejut beruk aku....."ular gapo???besar ko???"....."tok tahu...kaler hitam...dok tepi tuhhh!!" k.ya dah lompat ke blkg.....aku menghampiri pintu dan cuba membukanya....tiada apa yang kulihat jadi aku terus keluar....k.ya follow dari blakang....dan " wajieeee....ada lagi...ada lagii....tuh kat blakang rak kasut"...camner?????aku blurrr.....kalo tinggal kan takut masuk rumah....nak "katok ( baca dalam intonasi org kelantan )" aku tak berani....misi mencari bantuan......a.di???tak angkat tepom....a.munir???dia cakap kalo dia nanti dia tengok jer jugakkk....chehhhh.....apa lagiiii, a.aziz laaaa......menunggu a.aziz terasa lama yang amat....dan kemudian dia datang dengan senjatanya....hehehe buluh....dengan semangat keperwiraan dia mengacah ular tuh keluar dari persembunyian dan dengan tangkas dia memukul kepala ular 2 sampai lentokkk...sian...aku dah panjat pacuan 4 roda k.ya....nangis aku dibuatnye tengok ular tuh kena "katok".....a.aziz kata tuh king cobra...anak dia la...sebab masih kecik....jadi malam tuh jugak aku n k.ya mancari limau purut dan letak keliling rumah....tuh kan petua org2 lama...aku ikut sebagai ikhtiar.....harap2 lepas ni aku dah jumpa benda-benda menjalar ni lagi....seriau habis bulu roma aku....kedamaian n keamanan rumah itu telah terganggu....moral of da story "air yang tenang jangan sangka tiada buaya"...hehehe...ada kaitan ker???pikirlah sendiri....