terawang menerawang segenap ruang yang membenarkan bait-bait mengungkap segaris rasa..setitis tinta mampu merungkai sebuah rahsia..di mana, apa dan bagaimana...persoalan demi persoalan....setiap itu punya jawapan...tanya hati kenali diri...pasti kan kau temui.:)
Monday, October 19, 2009
hari yang memenatkan
last day bulan syawal...last day jugaklah aku nak pose 6....sape soh lambat2 kan....hari ni aku sorang2 kat ofis...staffs ramaila...officer just me....org lain ada program di Istana Balai Besar...aku sukarela nak stay ofis coz keje banyak sangat....as usual musim cuti...conpem ramai giler org.....start da day with a smile...but then...pintu bilik aku sentiasa diketuk-ketuk....kejap2, knock2....knock2....adoi....ramai nyer org berurusan hari nih....tak leh nak katalah kan...org akan ambil kesempatan cuti ni nak selesaikan segala urusan...huhu...akibatnyer aku yang letih jiwa....sesungguhnya berkhidmat untuk rakyat ni memberi kepuasan yang amat kalau kita dapat tolong selesaikan masalah dorang...esp org2 kampung yang sentiasa memandang tinggi pada seseorang yang kerjanya macam aku....aku semakin memahami kerja aku...bak kata bos aku....we have to be an assistant district officer....not assistant pejabat tanah...hehehe....meresap dalam kepala otak aku ayat dia tuh....then aku faham kenapa setiap kali mitim semua pegawai kena involve...supaya tahu semua perkembangan....bukan tahu kerja yang kena buat jerk...hari ni mcm2 urusan yang datang...staff aku td heboh kata ustaz ravi (penceramah yang slalu masuk TV tuh) masuk bilik aku...patotla aku rasa cam kenal tp dah mmg penyakit aku susah nak cam org....kdg2 kita tak pernah sangka who will b ur customer...as for me...no matter who u are...aku layan tetap sama....alasannya...berlaku adil tu kan perlu...alasan lain...aku mmg tak cam saper so aku layan samalah...my bad..hehehe....penutupnya aku tak sabar nak balik hari ni....CC aku dah peta banyak tempat makanan sedap2 untuk aku cari buka pose...unfortunately...hujan turun dengan lebatnyaaaaaaa.....dan aku terpaksalah drive menuju rumah jerk....dahla kacamataku tertinggal...terpaksalah buka mata besar2...hmmmmmm.....nak balik rumahhhhh cepatttt.....nak sambung baca PELANGI...:)
Sunday, October 4, 2009
Kejadian pada waktu Maghrib
04/10/2009.....hari nie hari ketiga aku puasa 6....letihnyer rasa.....buat kerja pun takder mood....mesyuarat hari ni laporan bahagian aku ok ok je...."aku nak balik tepat pada masanya hari ni" hatiku berkata......4.45 ptg, masih lagi ada kerja yang belum selesai...."lambat sket la"...5.00 ptg, aku menapak perlahan-lahan pulang.....sampai di rumah.....lepak depan TV....berbual-bual dengan housemate cam biasa.....solat asar....then, "k.ya, malam ni wajie nak makan sesuatu yg sedap....kita gi makan satey n cari nasi lemak eh....sebaik selepas maghrib k"...k.ya setuju dan selepas tuh kami mandi dan bersiap....sejurus selepas solat maghrib....aku menonton national geographic berkaitan phirana....k.ya yang selesai memakai tudung terus membuka pintu depan rumah....tiba-tiba, "ahhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!ada ular!!!"....terkejut beruk aku....."ular gapo???besar ko???"....."tok tahu...kaler hitam...dok tepi tuhhh!!" k.ya dah lompat ke blkg.....aku menghampiri pintu dan cuba membukanya....tiada apa yang kulihat jadi aku terus keluar....k.ya follow dari blakang....dan " wajieeee....ada lagi...ada lagii....tuh kat blakang rak kasut"...camner?????aku blurrr.....kalo tinggal kan takut masuk rumah....nak "katok ( baca dalam intonasi org kelantan )" aku tak berani....misi mencari bantuan......a.di???tak angkat tepom....a.munir???dia cakap kalo dia nanti dia tengok jer jugakkk....chehhhh.....apa lagiiii, a.aziz laaaa......menunggu a.aziz terasa lama yang amat....dan kemudian dia datang dengan senjatanya....hehehe buluh....dengan semangat keperwiraan dia mengacah ular tuh keluar dari persembunyian dan dengan tangkas dia memukul kepala ular 2 sampai lentokkk...sian...aku dah panjat pacuan 4 roda k.ya....nangis aku dibuatnye tengok ular tuh kena "katok".....a.aziz kata tuh king cobra...anak dia la...sebab masih kecik....jadi malam tuh jugak aku n k.ya mancari limau purut dan letak keliling rumah....tuh kan petua org2 lama...aku ikut sebagai ikhtiar.....harap2 lepas ni aku dah jumpa benda-benda menjalar ni lagi....seriau habis bulu roma aku....kedamaian n keamanan rumah itu telah terganggu....moral of da story "air yang tenang jangan sangka tiada buaya"...hehehe...ada kaitan ker???pikirlah sendiri....
Friday, September 25, 2009
I Met Him:)
.jpg)
SATU HARI DI STADIUM SULTAN MUHAMMAD KE-IV KOTA BHARU
Dari jauh aku mencari-cari bersama temanku....di celah keramaian orang dan penglihatan yang sangat terbatas kerana aku rabun jauh....akhirnya aku ketemu dengan siapa yang aku cari....NUBHAN...one of my fav male singer rite now....dari jauh aku lihat dia bersemangat mencari-cari mangsa untuk membeli nasi kerabu yang dijualnyer.....ramai awek yang keliling dia...aku hampir tak kenal kerana rambutnya yang dah macam naruto....sengalll.......Macam-macam gaya Nubhan cuba untuk mendapatkan pelanggannya....ish ish ish............
"Oh nubies ke??kalo nubies...oklah.....boleh boleh"....hmm...sib baik aku join fanclub dia...jadi banyakla jugak dia posing....TQ nubhan....sempat jugak berborak-borak dengan dia n dia ada inform yang dah ada blogspot baru....Nubhan cakap "eh skrg dah ader blogspot baru
mailto:baru...cayalah-nubhan@blogspot.com
.jpg)
"Ok bye...."
Aku pun cabutlah mencari juadah berbuka puasa...habis membeli belah aku skali lagi ke tapak pesta sekadar melihat siapa lagi yang hadir...Nubhan masih lagi sibuk mencari pelanggan dan sempat juga posing tatkala melihat aku nak amik gambar dia.....
Nubhan yang frust nasi kerabu dia gagal dijual kepada orang ramai...tapi sekejap jerk...pastu dia pakai taktik jual kat awek2.....mau tak lakuuuuu.....
Entah apalah yang dicakapkan oleh nubhan....orang lain cam serius jerk dengar....hmmmmmm
Masa ni ada sorang awek nurse naik motor nak lalu...Nubhan dengan slambernyer tahan akak tuh...ader ke patot...sib baik dah jatuh tergolek si akak nurse....hehehe....tapi dia gagal menjual nasi kerabunya...siannnnn
Nubhan sempat posing masa tengah leka mencari mangsa-mangsa baru.....Tq nubhan coz sporting sangat....
.jpg)
Saat-saat akhir jualan sebelum hujan lebat melanda.....aku dengan segera menyelamatkan diri....dan nubhan.,..tak tahula mana dia menyorok...hujan lebat sangat....sib baik sempat masuk keta.....balik rumah aku terus bukak blog yang dia cakap tuh.....banyak kali aku try tak dapat...rupanya si nubhan ni dah bagi alamat yang terbalik....nubhan-cayalah....chehhhhhh....
Aku menghampirinya sekadar untuk melihat daripada dekat dan terus dia menghampiri dan try to sell his "nasi kerabu"......nak ambik gambar pun dengan syarat beli nasi kerabu....lol.....aku cakap " boleh amik gambar?"....nubhan jawab " boleh...nasi kerabu 2 bungkus k...datang dua orang kan?"....i said " ala saya nak amik pun sebab nak upload bagi nubies lain tengok....takkan tak bleh..."
"Oh nubies ke??kalo nubies...oklah.....boleh boleh"....hmm...sib baik aku join fanclub dia...jadi banyakla jugak dia posing....TQ nubhan....sempat jugak berborak-borak dengan dia n dia ada inform yang dah ada blogspot baru....Nubhan cakap "eh skrg dah ader blogspot baru
mailto:baru...cayalah-nubhan@blogspot.com
Aku yang terasa cam aku xupdate sket skrg cam blur....yerlah dah dekat 2 minggu aku tak tengok forum dia...hehehehe...."oh yer ke???nanti balik i try tengok..."
"kalo tak dapat nanti tengok dalam forum..kat situ ada add dia"
Selepas amik gambar lagi sket sebanyak aku pun nak chow lah......
.jpg)
"ok nubhan, Tq....i hav to go"
"Ok bye...."
Aku pun cabutlah mencari juadah berbuka puasa...habis membeli belah aku skali lagi ke tapak pesta sekadar melihat siapa lagi yang hadir...Nubhan masih lagi sibuk mencari pelanggan dan sempat juga posing tatkala melihat aku nak amik gambar dia.....
Antara foto-foto yang sempat aku rakam...gelagat nubhan mencari pelanggan....:)
Nubhan yang frust nasi kerabu dia gagal dijual kepada orang ramai...tapi sekejap jerk...pastu dia pakai taktik jual kat awek2.....mau tak lakuuuuu.....
Entah apalah yang dicakapkan oleh nubhan....orang lain cam serius jerk dengar....hmmmmmm
Masa ni ada sorang awek nurse naik motor nak lalu...Nubhan dengan slambernyer tahan akak tuh...ader ke patot...sib baik dah jatuh tergolek si akak nurse....hehehe....tapi dia gagal menjual nasi kerabunya...siannnnn
Nubhan sempat posing masa tengah leka mencari mangsa-mangsa baru.....Tq nubhan coz sporting sangat.....jpg)
Saat-saat akhir jualan sebelum hujan lebat melanda.....aku dengan segera menyelamatkan diri....dan nubhan.,..tak tahula mana dia menyorok...hujan lebat sangat....sib baik sempat masuk keta.....balik rumah aku terus bukak blog yang dia cakap tuh.....banyak kali aku try tak dapat...rupanya si nubhan ni dah bagi alamat yang terbalik....nubhan-cayalah....chehhhhhh....
Wednesday, August 12, 2009
CABARAN GOLONGAN BELIA DALAM KERJAYA
Menelurusi perkembangan kerjaya pada masa kini, tidak hairan jika banyak jawatan-jawatan di peringkat Pengurusan&Profesional diisi oleh golongan belia. Kejayaan mereka mendapat kelulusan tertinggi dalam pengajian membantu untuk menjawat jawatan penting dalam sesebuah organisasi. Tetapi, kemampuan mereka yang dikatakan mentah sentiasa diragui dan dipertikaikan. Cabaran dan rintangan yang terpaksa dihadapi bukan sahaja memerlukan kebijaksanaan tetapi kekuatan mental dan emosi.
Kehadiran golongan muda mentadbir sesebuah bahagian mahupun jabatan mengundang rasa tidak yakin dikalangan sesetengah pihak. Ketua-ketua jabatan sangsi ke atas keupayaan mereka kerana kurangnya pengalaman dan pengetahuan berkaitan pekerjaan yang dilaksanakan. Kakitangan memandang enteng terhadap kewibawaan mereka dan kadang-kala menentang kehendak dan arahan yang diberikan. Bagi mereka, memiliki seorang ketua yang masih muda hanya akan memberikan kelebihan untuk mereka melaksanakan tugas mereka sambil lewa.
Golongan belia yang memikul tanggungjawab yang besar ini sentiasa berhadapan dengan masalah bukan sahaja dengan kerja tetapi dengan persekitaran mereka. Masalah untuk mencapai misi dan visi organisasi, sasaran bulanan, mengendalikan kakitangan dan pelanggan sentiasa memberikan tekanan dan menuntut kesabaran yang tinggi. Mampukah segala cabaran ini dihadapi dan ditangani sebaik mungkin. Pengalaman yang hanya sejengkal cuma tidak mungkin dapat menandingi keupayaan golongan yang telah lama berkhidmat. Tetapi mereka yang berpengalaman juga bermula dengan langkah pertama.
Cabaran yang dihadapi bukan sahaja mematangkan tetapi memberikan pengalaman hidup untuk terus mengenal erti kepayahan yang selama ini tidak pernah dirasai. Keupayaan mereka untuk mencapai kejayaan di peringkat universiti tidak membantu secara total kerana keputusan peperiksaan yang baik sahaja tidak mencukupi untuk terjun ke bidang yang serba mencabar ini. Banyak kemahiran-kemahiran lain yang perlu dikuasai agar mampu untuk terus bersaing sehingga mengecap kejayaan dan kepuasan dalam kerjaya yang diimpikan. Tidak semua pelajar universiti yang mencatat keputusan terbaik kekal utuh dalam sesebuah organisasi dan mampu memberikan prestasi yang terbaik. Kawalan emosi dan keupayaan berkomunikasi turut memainkan peranan dan menjadi nilai tambah kepada setiap individu.
Kemahiran komunikasi yang berkesan akan mampu memberikan impak yang besar bagi sesetengah pihak. Cara sesuatu maklumat disampaikan dan diterima amat penting terutamanya bagi organisasi yang menyediakan perkhidmatan sebagai produk mereka. Pegawai atau kakitangan yang berkhidmat boleh menyampaikan informasi yang diberikan dengan lisan dan visual yang menarik. Tetapi adakah informasi yang cuba disampaikan itu melekat di minda pendengar atau dapatkah penyampaian yang diberikan menarik minat pendengar untuk terus bersama-sama sehingga ke noktah terakhir? Ini yang menjadi isu dalam pasaran kerjaya sekarang. Graduan yang mendapat keputusan cemerlang mungkin sahaja berjaya melepasi tapisan awal dan temuduga. Namun keupayaan untuk memberikan prestasi terbaik semasa berkhidmat masih menjadi persoalan.
Persekitaran dan rakan-rakan dalam jabatan juga memberikan impak kepada setiap individu. Sokongan dan dorongan serta kerjasama yang wujud dalam sesebuah organisasi membantu untuk memajukan diri. Pengalaman dan ilmu kakitangan yang lebih senior perlu ditagih dan dikongsi supaya kita sentiasa berada di landasan yang betul. Namun, wujud segelintir belia yang dianggap kera sumbang kerana tidak mampu bergaul dngan baik. Tabiat ini perlu diubah agar kita dapat sama-sama bekerjasama menaikkan lagi organisasi yang kita wakili. Sekiranya belia diberikan tanggungjawab mengetuai sesebuah unit, maka tanggungjawab itu harus dipikul dan dilaksanakan bukan dianggap sebagai beban. Kakitangan, sumber dan pelanggan adalah aset yang perlu dijaga dan diperlakukan sebaik mungkin. Tanpa semua ini, kejayaan dan kerjasama tak mungkin dapat dicapai.
Bagi sesetengah belia yang gemarkan kerja yang lebih fleksibel, mereka boleh bekerja sendiri dalam apa bidang yang mereka minati. Mungkin dengan cara ini mereka akan lebih merasa kepuasan kerja sekiranya mereka mampu memberikan yang terbaik. Namun tidak semua belia yang ada keupayaan dan kreativiti untuk bekerja sendiri. Oleh yang demikian, sebagai belia yang mempunyai sasaran dan tujuan hidup, kita perlu laksanakan apa yang kita mampu dan cuba untuk menjadi yang terbaik.
Dalam kesamaran penerimaan semua pihak terhadap kredibiliti golongan belia, kita harus bangkit dan tonjolkan keupayaan kita. Buktikan kemampuan belia untuk menerajui dan menentukan hala tuju organisasi dan juga Negara. Kita tidak mungkin menjadi peneraju kemajuan Negara tetapi kita adalah pemangkin yang menyumbang ke arah pembangunan teknologi dan modal insan. Langkah demi langkah yang diatur perlu tersusun dan jangan sesekali lupa akan akar umbi sesebuah bangsa dan Negara. Berpijak pada bumi yang nyata dan gapailah impian walau letaknya setinggi langit.
Wajie; 09 Ogos 2009

Monday, July 20, 2009
Anak terbuang
Anak itu tidak berdosa,
Titis air matanya sangat berharga,
Tulus wajahnya tagih bahagia,
Mencari-cari kehidupan sentosa,
Bukan tong sampah!!
Bukan kaki lima!!
Itu bukan tempat mereka!!!
Kenapa kejam mereka diperlakukan,
Salah siapa...manusia tanpa pedoman,
Jangan......jangan campak,
Jangan dibuang,
Mereka insan bukan binatang,
Mereka layak disusukan,
Mereka mangsa keadaan,
Mangsa ibu bapa yang cetek fikiran,
KEJAM.
wajie; 13 Julai 2009
MERDEKA DI HATI
Bergegar pentas ini,
Hamburan kata....
Taburan janji,
Tuding menuding itu realiti,
Walau apa yang terjadi,
Jangan perdagang negara ini,
Angkat martabat pertahan maruah diri,
Kemerdekaan harus dihargai,
Kesilapan dulu jangan diulangi,
Jangan jemput kekejaman ke sini,
Anak bangsa harus dilindungi.
wajie; 13 Julai 2009
Hamburan kata....
Taburan janji,
Tuding menuding itu realiti,
Walau apa yang terjadi,
Jangan perdagang negara ini,
Angkat martabat pertahan maruah diri,
Kemerdekaan harus dihargai,
Kesilapan dulu jangan diulangi,
Jangan jemput kekejaman ke sini,
Anak bangsa harus dilindungi.
wajie; 13 Julai 2009
Mencari damai
Di sebalik kepekatan malam,
Aku lihat kelip-kelip berterbangan,
Bayu yang menghembus membuai perasaan,
Dingin memeluk menyegarkan kehangatan,
Terang bulan kaburkan kegelapan,
Kerlipan bintang serlah keceriaan,
Esoknya mentari menyinari menerangi alam ciptaan Tuhan,
Semua bersatu dalam sebuah kehidupan,
Jangan ada yang ganggu kedamaian,
Kerana kita layak mendapatkan.

wajie; 12 Julai 2009
Sunday, June 28, 2009
Kehidupan Kini Untuk Masa Depan Yang Belum Pasti
Larian waktu yang pantas membuka ceritera kehidupan yang putarannya memberi pelbagai kesan. Ada insan yang berjaya mengharung lautan gelombang namun ada yang karam di tengah lautan. Dengan kehidupan yang serba canggih, serba moden, keseronokan berada di mana-mana. Anda cari anda telusuri, anda akan temui. Di lorong gelap, di tengah cahaya lampu berkerlipan, di hutan bandar mahupun hutan di pedalaman.
Kata-kata Ustaz Ismail Kamus,……keseronokan dunia yang diberikan Allah hanya satu daripada 99 keseronokan yang dijanjikan untuk kehidupan selepas mati. Tapi ramai yang memilih nikmat yang satu ini dan tidak ramai yang mengejar nikmat yang banyak itu.
Lihat sahaja bagaimana seronok Israel menindas saudara kita di Palestin,mereka dibunuh dengan kekejaman yang ekstrem. Apa yang mereka cari? Apa yang mereka ingin bongkar? Anak kecil yang tak berdosa, warga emas yang banyak berjasa, ditembak, dibom umpama tiada kesakitan yang dirasa. Sayu wajah mereka menggamit sendu di hati kita. Seronokkah mereka melihat nafas manusia terhenti disebabkan oleh kehebatan mereka? Tidakkah ada sekelumit rasa simpati, rasa belas sebagai manusia walaupun berbeza agama? Angkuh melangkah merobek keamanan Negara orang, riak mengambil nyawa insan yang lemah, berselindung disebalik niat yang sebenar. Nikmatkah bagi mereka melihat kesengsaraan orang lain? Inilah manusia…yang sentiasa lupa…seronok melihat tangisan orang lain tanpa mereka ketahui setiap perbuatan mereka itu akan dibalas suatu hari nanti. Tangan-tangan rakus mereka memusnahkan kehidupan akan pincang. Akan lerai segala kekejaman kerana tuba yang diberikan akan tetap tuba yang dibalas. Namun kita harus sedar dan sematkan dalam ingatan kita bahawa itu adalah amaran dari Yang Maha Esa. Satu ujian untuk melihat sejauh mana kita meletakkan diri kita di dunia yang dipinjamkan sementara ini. Adakah kita berada di landasan yang sepatutnya atau telah terpesong dari laluan kebenaran. Mampukah kita undur atau kembali ke jalan yang benar. Jangan sesekali kita mempertikaikan kebesaran Allah s.w.t kerana kita hamba-Nya. Allah hanya satu, kiblat kita hanya satu.
Kita sentiasa mencari keseronokan sehingga kadangkala tergelincir dan melangkaui batas yang sepatutnya. Di dada-dada akhbar kita baca keruntuhan akhlak di kalangan remaja, jenayah perbuatan belia, rasuah dikalangan orang bekerjaya. Setiap golongan ada cara masing-masing yang bagi mereka seronok tapi sebenarnya sia-sia semata-mata.Menjadi kebiasaan manusia mahukan semuanya pantas dan cepat. Anak kecil mahu cepat besar, orang muda mahu cepat kahwin, yang berkahwin mahu cepat dapat anak, yang bekerja mahu cepat naik pangkat. Tetapi apabila tiba soal mati, kita tidak mahu cepat.
“ Adakala dalam sebuah kehidupan,Meniti sebuah pengharapan,Kita sering didatangi,Mencabar dan dicabar,Mengejar dan dikejar,Mengalah dan dipersalah,Berpuncak gunung,Tergapaikah langit,Andai yang dikejar tak dapat,Yang dikendong berciciran,”
Jangan kita terlalu mengejar nikmat dunia sedangkan nikmat islam yang kita nikmati sejak daripada lahir ke muka bumi ini kita abaikan. Jangan hanya Islam kerana keturunan atau diwarisi, biarlah dengan amalan sehingga nafas terakhir.
Jangan dilihat kaca sebagai permata kerana kilauannya nyata berbeza. Jangan kata manik itu mutiara kerana nilainya memang tak sama. Jangan jadi arnab yang larinya laju tapi singkat fikirannya. Cari jalan selamat, jadilah kura-kura yang langkahnya perlahan tapi akalnya panjang dan impaknya kejayaan. Pelayaran kita di lautan kehidupan tak terhenti andai cariknya layar atau patahnya tiang kerana gantinya pasti ada. Jangan dilintang angin yang lalu sebaliknya turuti angin itu sehingga ke destinasi yang kita tuju.
wajie ; 12 Januari 2009
Friday, June 26, 2009
kata hati
renung ke mata
temui sinar tanpa bicara
renung ke hati
temui kasih tak terhenti
renung ke jiwa
sampai mati tetap ada cinta
renung ke mana sahaja
pasti ada bahagia
laungkan pada semua
aku sayang aku cinta
jeritkan pada alam
semua benar bukan palsu semata
hembuskan pada bayu
setiamu hanya untuk aku
titipkan dalam doamu
moga hati kita bersatu.
wajie; 26 Jun 2009
temui sinar tanpa bicara
renung ke hati
temui kasih tak terhenti
renung ke jiwa
sampai mati tetap ada cinta
renung ke mana sahaja
pasti ada bahagia
laungkan pada semua
aku sayang aku cinta
jeritkan pada alam
semua benar bukan palsu semata
hembuskan pada bayu
setiamu hanya untuk aku
titipkan dalam doamu
moga hati kita bersatu.
wajie; 26 Jun 2009
Sunday, June 14, 2009
Hyper Active Girls

MEMORI INDAH
yang kita miliki tak kan mampu dibeli....semoga persahabatan yang terjalin menjadi ikatan abadi yang terus memahat memori seindah pelangi........LuVs U All.......

HYPER-ACTIVE GIRLS RULEZZzz

Perjalanan sebuah persahabatan yang terjalin sejak kecil......SRK Zainab (1) menjadi titik pertemuan antara kanak-kanak kecil bernama kunor,as,sheela,add,anis,aleen,dianne n wajie. Walaupun pada zaman itu tidaklah sebegitu rapat dan akrab....tapi ikatan itu terjalin sehingga kini. Zaman kanak-kanak yang memberikan seribu kenangan. Pertemuan sekali lagi tercipta dan nyata menjadi pengikat persahabatan apabila semua kami diterima masuk ke SMK. Dato' Ahmad Maher....Di sini kami berjumpa eiy....anggota baru dalam kumpulan kami.
Maka terjadilah ragam remaja yang menjadi nostalgia yang tak mungkin dapat kami lupakan. Kenangan berkhemah hampir setiap bulan di Kem Kijang.......peristiwa didenda beramai-ramai kerana kenakalan kami sentiasa menjadi bahan tawa hingga kini. Setiap kali 'spot-check' dijalankan....kami hampir selamat semuanya kerana anggota kami kuat.....2 org pengawas cukup untuk membantu..hehehe.....n yang penting...kami ada tempat selamat sembunyikan apa2 barang terlarang ( tidak merbahaya ok!!!! ).......kelas As!!!!budak2 kelas dia mmg terror bab sembunyi2.....
Majoriti daripada kami penghuni kelas muzik....yang sentiasa menjadi sasaran cikgu-cikgu.....sampai sekarang kami masih tak tahu kenapa..yg penting...kerana jasamu kami jadi seperti kini.....zaman sekolah....ada antara kami yang menjadi 'hot-stuff'...maklumlah glamerrrr....hehe....cinta monyet tuh memang menjadi intipati zaman persekolahan.....kunor jer clean....
Kini....semua telah menjadi wanita....dewasa meniti usia yang terus mengajar kami erti sebuah kehidupan.....dianne telah selamat menjadi isteri kepada said....menjawat jawatan sebagai Corporate Communication Executive........sentiasa menjadi single smentara kerana Said selalu gi overseas atas tuntutan tugas...chewahhhhhh..........Aleen juga telah menjadi isteri kepada afzal pada 4 jun 2009 yang lalu....dan kedua2 bertugas di Temerloh sebagai doktor gigi dan doktor perubatan.......selesai cerita isteri2 orang.....
Anis dan As telah selamat juga bergelar tunangan orang.....tunang As namanya Ismailll...As skrg bekerja di Maxis Telecommunication......Anis seorang guru di Tasik Chini yang pening dengan tingkah laku anak didiknya...skrg baru dia tahu macam mana melayan kerenah student......tunangannya....lupa plak nama tpi juga seorang guru yang bertugas berdekatan sekolah dia.
hmmmmm.....yang masih belum ada ikatan rasmi.....sheelaaaaa........sekarang dia dah jadi tokey Secret Recipe di Cyberjaya......jadi usahawan kawan kami yang sorang ni.....boyfriend dia Adri....bekerja dengan sebuah company Jepun yang menyebabkan dia sekejap di Malaysia sekejap di Jepun...harap2 dorang akan kawen cepat2......:)next is Add......sekarang keje ngan Petronas di KLCC......terror member kiteorang yang ni....sejak dari sekolah terbukti kepintarannya.....her boyfriend...Alif if im not mistaken...sama2 keje dengan Petronas.....pertama kali kami diperkenalkan baru-baru ni....
Eiy.....kami kenal dengan dia sebab sama-sama join kelas muzik....sekarang eiy bekerja di USM Kubang Kerian sebagai research officer...blajar pun kimia....dalam lab lah jawabnyerrrr......pakwenyerrrrr.....hmmmmmm.....member lama kiterorang jugaaaaa...Shah....baru habis belajar....tunggu dia declare apa keje sebenar dia lepas ni.....business kotttt
Kunor....the one and the only hyper-active gurl yang cleannnnnn daripada rekod cinta monyet....belum pernah declare pakwe....hehe....dia pejuang wanita sekarang ni...:)keje sama tempat dengan eiy n juga sebagai research officer tapi bahagian lain.....Lastly is me, myself.........wajie.......bout me....masih sama dari sekolah hingga sekarang.....bezanya dulu belajar sekarang kerja....kerjaku sebagai A.D.O ( aku dok ofis )......berkhidmat untuk rakyat:).....
Extra......walaupun tidak digelar hyper active girls tapi mereka-mereka ini teman paling rapat kiteorang....eein,noni,syara dll.....kehadiran mereka menceriakan dan memeriahkan lagi persahabatan kami.....eein n noni sebenarnya mmg besfren aku sejak sekolah rendah!!!!n syara besfren dianne.......terbentuklah gerombolan yang lebih besarrrrr....Eein kerja ngadap komputer...jawatan sebenar tidak dikenal pasti...mmg terror la bab ni...to be her bf...make sure u r an intelligent person.....noni baru dapat keje baru kat Bangi...as a QS.....Syara seorang analyst....woooooooo.....hatinya telah dimilki????question!!!!????Hyper-active girls & Friends RuleZZZzzzz....RoCkS Our worLD......
Monday, June 1, 2009
A STORY TO TELL
Tengku Aishah Putri Tengku Wizalkurnain and me.......one fine evening in Pantai Irama, Bachok....Anak buah kedua aku...lahir pada 08.08.08......pandai plak mak dia pilih tarikh nak deliver baby....gebu siodddd.....tembam tapi susah betul nak senyum.....Tunggu besar skit tengok camner...ni kecik lagi....tak faham pun org buat aper kat dia...hehehehe
Ni lah budaknya...tengok tuh...pantang tengok kamera dia memang suker.....macam2 gaya...betul lah budak tengah membesar macam2 ragam....ini baru 5 tahun....eh lupa...yang ni lahir 14 feb 2004...memang la mak bapak dia senang nak ingat tarikh lahir anak2....yang ni hari valentine plak....
Time penat tunggu si ichat habis teroka tempat ni.....huhuhuhu.....yang penting aku pun sempat posing...hehe:)
Saat kau tercipta untukku
saat kau kata kau cinta
saat kau ucap sayang padaku
saat kau nyatakan teguh kasihmu walau apa yang berlaku
hanya senyum yang terlukis di bibirku
aku kelu...kerana banyaknya dugaan dan halangan
kau tetap dengan katamu...
yakin takdir kita kan bersatu.....
rindu di saat ini....
mencari waktu untuk ketemu
hari-hari yang berlalu...
kunantikan saat dibelai kasihmu
kembara mencari cinta yang dulunya luka
kini bagai mimpi menjelma....
Suci kasihmu menepis segala lara...
beraraklah mendung kelabu...
jauhilah diriku...
Kan kusemai benih bahagia
agar terus mekar di taman hati
mewarnai hidup yang akan terus aku lalui.
wajie; 2 jun 2009
Terima kasih cinta
Dalam sedar aku kehilangan
Menjadi pengemis cinta yang kecewa
Hati yang telah kupersembahkan
Atas nama cinta
Kupeluk kejujuranku
Ku genggam erat kesetiaan
Di dalam sepiku
Kau makin jauh menurut jejakmu
Aku kau tinggalkan
Tanpa erti sehingga ku tak mampu berdiri
Lemas dalam cahaya kasihmu..
Terima kasih cinta
Biarku pendam segala rasa.
Wajie 14/12/2008

Wanita dan luahannya

Wanita dan dunianya..
Aneh dan berbeza,
Kehidupannya, perasaannya,
Sukar dibaca,
Hatinya….penuh dengan rasa sayang,
Ibarat buih-buih di lautan…
Dibelah bahtera, dilambung gelora,
Mutiaranya pasti ada…
Wanita dan dunianya,
Harus disanjung dan dipuja seadilnya mereka,
Kerana mereka teguhnya teruna,
Kerana mereka penyejuk hati yang membara,
Tutur dan lenggoknya pendamai jiwa,
Penyuluh di kala senja
Harus dijaga kerana mereka layak dicinta.
Wajie 11/11/2008

Wanita…..
Punya hati yang tulus
Punya rasa yang suci
Punya cinta yang abadi
Wanita…….
Tebar segala rasa pada cinta yang lahir di sudut hati
Layangkan sepenuh jiwa supaya dimengerti
Ulit harimu dengan sayang yang tak pernah mati
Kerana wanita sangat menyayangi
Biar diri dibuai tak henti
Kasih terus bercambah ke langit tinggi
Biar dicampak menyembah bumi
Hati wanita teguh mencintai
Kerana wanita hanyut dalam sepi.
Wajie 01/12/2008
Indah pada zahirnya
tulus dalam hatinya
manis senyum dibibirnya
elok tutur katanyahalus budi bahasanya
tapi mampu menggoncang dunia
diam dirinya tak bermakna lemah
sayu matanya bukan menyerah
butir bicara jangan disanggah
kerana wanita tak mudah mengalah
wajie; Oktober 2008
syurga atau neraka

Hatiku masih mengintai dalam sinar cahaya terpencil,
Mencari-cari ruang untuk terus bernafas,
Meredah umbang ambing lautan kehidupan,
Mampukah aku ke tepian,
Atau karam tanpa nisan,
Zarah-zarah kecil memenuhi luas dunia,
Ragam berjuta lebihnya alpa,
Mana hati yang kekal utuh mengintai yang Esa…
Anak muda leka dalam tawa,
Lupa ada janji yang pelu dikota,
Ada arah perlu diterpa,
Yang ada hanya suka,
Nikmati hidup yang sementara,
Kita menuju ke alam nyata,
Yang kekal selamanya,
Di sana amalan kita dikira,
Dosa kita dibalas tuba,
Semua kerana kita,
Pilihan kita…untuk syurga atau neraka.
Wajie 11/11/2008
Subscribe to:
Posts (Atom)