Wanita dan dunianya..
Aneh dan berbeza,
Kehidupannya, perasaannya,
Sukar dibaca,
Hatinya….penuh dengan rasa sayang,
Ibarat buih-buih di lautan…
Dibelah bahtera, dilambung gelora,
Mutiaranya pasti ada…
Wanita dan dunianya,
Harus disanjung dan dipuja seadilnya mereka,
Kerana mereka teguhnya teruna,
Kerana mereka penyejuk hati yang membara,
Tutur dan lenggoknya pendamai jiwa,
Penyuluh di kala senja
Harus dijaga kerana mereka layak dicinta.
Wajie 11/11/2008
Wanita…..
Punya hati yang tulus
Punya rasa yang suci
Punya cinta yang abadi
Wanita…….
Tebar segala rasa pada cinta yang lahir di sudut hati
Layangkan sepenuh jiwa supaya dimengerti
Ulit harimu dengan sayang yang tak pernah mati
Kerana wanita sangat menyayangi
Biar diri dibuai tak henti
Kasih terus bercambah ke langit tinggi
Biar dicampak menyembah bumi
Hati wanita teguh mencintai
Kerana wanita hanyut dalam sepi.
Wajie 01/12/2008
Indah pada zahirnya
tulus dalam hatinya
manis senyum dibibirnya
elok tutur katanyahalus budi bahasanya
tapi mampu menggoncang dunia
diam dirinya tak bermakna lemah
sayu matanya bukan menyerah
butir bicara jangan disanggah
kerana wanita tak mudah mengalah
wajie; Oktober 2008
No comments:
Post a Comment