Pages

SMILE:)

SMILE:)

Saturday, May 16, 2009

sesuci cinta seindah pekerti

Jika kita pandang pada rupa..kita buta
jika kita pandang pada harta...kita binasa
apa yang patut kita nilaikan ada dalam jiwa kita
jangan hanya lihat pada sesuatu yang sementara
usia menginjak tua
wajah berubah rupa
harta tak kekal lama
tidak mungkin dibawa ke dalam syurga
nilaikan sesuatu dengan kewarasan akal fikiran
gunakan ilmu dan pengalaman sebagai panduan
pasti kita tak kecundang
keimanan dan ketaqwaan diberi perhatian
sebagai pendinding di masa depan
ibu ayah sentiasa berpesan
kepada kita disandar harapan
dan jangan pula kita kecewakan
kerana tanpa mereka kita tempang
jangan menilai pada luaran
kerana itu mungkin hanya penipuan
jangan jadi bunga yang indah dipandang
tapi layu dikerjakan kumbang
jadilah permata disaluti lumpur hitam
hodoh dipandang tapi nilai tiada tandingan.
...wajie...2005.......

m3ntaRi EsoK HarI




Di sisi malam

Nelayan Berlabuh

senja menjadi saksi

akhiri pencarian rezeki

tangan tua itu

berurat kasar

hanya untuk sesuap nasi

biar lelah menghambat

tak pernah mengalah

pada ombak besar

kerana di lautan sepi itulah

mentari esok hari

tetap melatari kehidupan

yang belum tentu

bila akan terhenti.


---------wajie--------

Thursday, February 5, 2009

luka ramadhan

Bibir mengalun alunan indah,
Telinga mendengar irama suci,
Saat ini…tika ini,
Ramadhan menjelma lagi,
Terawang akalku terbit tanda tanya,
Sejauh mana amalanku diterima,
Tabahkah aku dalam mencari keredhaan-Mu,
Ramadhan ini membawa kenangan duka,
Terpisahnya aku dan dia,
Parah luka ini, sakitnya jiwa ini,
Namun ujian-Mu ini mendekatkan aku dengan-Mu,
Sesungguhnya aku terima dugaan-Mu,
Walau kelabut sendu dihatiku masih bersisa,
Ya Allah, tebalkan sabarku,
Utuhkan imanku menghadapi ranjau ini,
Nyata dia bukan tercipta untukku,
Ya Allah, Kau dekatkan aku dengan ketentuan-Mu,
Kau seiringkan langkahku dengan langkahnya,
Semoga kutemu imam solatku,
Yang sedia menemaniku,
Membawaku ke jalan-Mu Ya Allah,
Ramadhan ini menyingkap sedarku,
Betapa besar kuasa-Mu dan ujian-Mu.

Wajie ; September 2008

SEBUAH PENGHARAPAN

“ Adakala dalam sebuah kehidupan,
Meniti sebuah pengharapan,
Kita sering didatangi,
Mencabar dan dicabar,
Mengejar dan dikejar,
Mengalah dan dipersalah,
Berpuncak gunung,
Tergapaikah langit,
Andai yang dikejar tak dapat,
Yang dikendong berciciran,
Namun aku besarkan hati,
Bertemankan yang memahami,
Hanya sebuah sabar,
Aku masih gagahkan diri,
Mencari sinar bahagia disebalik derita,
Pasti akan kuharungi kepayahan ini,
Walau sabarku diinjak ke bumi.”


Wajie ; September 2008

PEMBUNUH GENERASI

Dalam desir waktu berlalu,
Rebah satu persatu,
Anak bangsaku,
Permata generasiku,
Dalam kelam berselimut malam,
Ada insan terbang dikayangan,
Ditemani bidadari kononnya rupawan,
Hancur hidupmu binasalah badan,
Sedarlah anak cucu Adam,
Binalah maruah jagalah iman,
Nilai dirimu jangan dibuang,
Kerana DADAH tak beri peluang.

Wajie; 13 Oktober 2008
Taklimat PEMADAM

Pencarianku




Aku dan kisahku,
Persoalan demi persoalan,

Setiap denyut nadiku membawa tanya yang belum terungkai,
Siapa dia penyuluh cinta,
Bila dan di mana harus ku cari,
Harus kutelusuri agar kutemu dirimu,
Ku bawa diriku setelah cinta lalu bertemu noktahnya,
Sabar menanti episod baru membuka cerita,
Siapa watak yang akan menjelma,
Memegang peranan membawa bahagia,
Menabur bernih cahaya, gemerlapkan gulita,
Sinarnya memancar warna pelangi kehidupan,
Yang suka, yang duka, berteman,
Tidak kosong tanpa isi,
Tidak sunyi tanpa bunyi,
Tidak gersang tanpa titisan kasih suci,
Bisikan cinta menghembus lembut membuai perasaan,
Membawaku terbang ke langit tinggi,
Awan, dengarlah kata hati ini,
Aku kini tidak berselimut mimpi,
Hanya realiti,
Kala lalu, aku sendirian mencari, sendirian juga kujejaki,
Tapi kini aku tidak sendiri lagi,
Kerana aku yakin dia ada di sisi,
Aku pasti, pasti yang dia akan kutemui suatu hari nanti,
Aku SYUKURI.



Wajie 28 Julai 2008